Selamat Tahun baru 2011

Alhamdulilllah, kita dah pun berada di tahun 2011. Semakin tua nampaknya dunia ni, semakin tua jugalah umur aku dan umur semua… hehehe.. da ready ke nak menuju ke alam yang satu lagi?? Rasanya bila sebut alam lagi satu.. semua orang pun takut… tak ready la tu! Tapi buatlah persediaan.. tak banyak sikit tapi istiqamah… InsyaAllah, aku mengingatkan diriku dan semuanya.. Syukur juga sebab masih diberi kesempatan dan peluang oleh Allah s.w.t. untuk menghirup udara segar dan diberi kesihatan yang baik.. Mudah2an aku akan diberi kekuatan untuk menulis lagi macam dulu setelah beberapa bulan ni aku macam malas nak mencatat dan mengupdate belog aku ni…

Untuk tahun ini, kuliah2 di Surau AlHusna masih diteruskan macm biasa..
Hari Isnin – Ust. Roslan
Hari Selasa – Ust. Abd. Rahman
Hari Rabu – Ust. Nizammudin Omar
Hari Khamis – Ust. Ariff Salleh
Hari Jumaat – Ust. Mat Esa Deraman (lepas maghrib), Ust. Mohd Nor Ismeth (Lepas Isya’ – kuliah haji)
Hari Sabtu –
Hari Ahad – Ust. Mat Esa Deraman (kuliah Dhuha)

Kitab Penawar Bagi Orang Yang ditimpa Musibah (Ust. Mat Esa – Jumaat) da pun katam dan digantikan dengan kitab Siathul Qulub (Pelembut Hati) yang telahpun dimulakan pada 31/12/2010 (mukaddimah) dan tajuk pertama pada 5/1/2011. Mungkin kalau aku rajin.. aku akan mencatitkan dalam blog dan fb ini, catatan yang boleh kita kongsi bersama… InsyaAllah.

Kitab Pesanan Untuk Orang Berdosa (Ust. Nizam – Rabu) dah nak sampai ke penghujungnya… tak tahu lagi akan disambung dengan kitab apa. InsyaAllah.. Ust. akan pilih kitab yang terbaik untuk kami jemaah di seri Alam ni.

Kursus Haji (Ust. Mohd Nor – Jumaat), baru disambung semula.. tahun lepas mukaddimah, 5/1/2011 – pada bab yang permulaan. Mudah2an betambahlah ilmuku dan semuanya. Ya Allah.. tak sabar rasanya nak pergi menunaikan haji… TAPI kena sabar dulu, hubby aku cakap.. belajar dulu. Aku ikut jer.. mudah2an aku dapat mengikuti pelajaran yang disampaikan dengan fikiran yang terbuka dan pemahaman yang sempurna… amin.

Kelas Dhuha pagi Ahad – setakat 9/1/2011
Segmen 1 – Al-Quran da sampai ke Surah Al Anbiyaa’ ayat ke 10.. Alhamdulillah.
Segmen 2 – Kitab Rhiadhus Sholihin Jilid 5 dah masuk bab Kelebihan Membaca AlQur’an pada hadis ke 8.
Segmen 3 – Kitab Fikah Mazhab Shafie Jilid 5 pada tajuk Jenis2 Pusaka… mmmm tahu tak siapa yang boleh terima harta pusaka?.. ada dituliskan dalam kitab ni.. Alhamdulillah.

Rasanya, semakin banyak yang kita belajar… semakin banyak yang kita tahu selama ni. Yang kita rasa boleh, rupanya tak boleh. Yang kita rasa biasa2 je.. rupanya boleh jadi pahala..

Untuk kali ni, aku dan semua kena ingat, apapun yang kita lakukan, setiap perbuatan lakukan kerana Allah.. nak start buat kerja tu, niat kerana Allah, tak susah pun kan.. InsyaAllah dapat pahala.. tak susah pun nak kumpul saham akhirat rupaya.. cuma kena ikhlas ler…. Lagi satu, buat apa yang Allah perintah, tinggalkan apa yang dilarang.. InsyaAllah semuanya selamat. Islam tu mudah, tapi jangan dipermudahkan pulak.. Lagi satu banykkan membaca qur’an di samping memahami ertinya.. InsyaAllah akan lembut lah hati tu.

Setakat masih lagi membaca kitab Laa Tahzan (Jangan Bersedih).. tenang jiwa dan fikiran bila membaca kitab ni. Cuma sebab banyak tugas yang menghambat, maka buku tak habis2 lagi dibaca.

Semoga Allah berikan aku kekuatan untuk mengurangkan lagi perkara2 lagha… (banyak lagi perkara2 lagha yang aku masih lakukan… ).

Mudah2an Allah panjangkan usiaku, suami, ibuku, ibu mertuaku, anak2 dan semua saudara mara, sahabat handai, jiran tetanggaku dalam keimanan dan ketakwaan.. Mudah2an kami semua jadi muslim yang sejati ya Allah. Kuatkan iman kami semua, bersihkan hati2 kami, ampuni dosa2 kami ya Allah…Jadikanlah kami antara orang2 yang menegakkan agamamu.. amin.

Akhir sekali untuk note kali ini.. mudah2an aku akan rajin menulis seperti dulu2…

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s