Tanpa Tajuk

Ya Allah…… nampaknya dah beberapa hari ni sakit kat gusi aku belum reda jugak. Adakah aku sakit gigi ataupun bahagian gusi yang sakit.. entahlah. Aku dah pergi cabut gigi hari selasa lepas, tapi kesakitan yang aku alami tak berkurang jugak… Setiap hari makan pain killer, makan dan makan lagi.. tapi nampaknya Allah belum nak menyembuhkannya, walaupun dah telan pain killer, masih juga terasa…

Ya Allah….. kalau ini sebagai kifarah, aku terima ya Allah. Biarlah airmata aku ni yang jadi saksi sakit aku ni.. Aku redha ya Allah. Moga Kau ampuni dosa2 aku..

Hidup ini complicated.. aku sangat berharap, masa aku sakit cam gini, orang2 yang di sekeliling aku memahami, sayangnya sorang pun tak ada yang nak faham.. Ditambah lagi adalah dengan krisis mereka… sakit kat gusi aku merebak ke hati dan ke kepala….

Beberapa hari lagi nak Hariraya Aidil Adha, sempat ke tidak agaknya aku nak menyambutnya? Entahlah.. kadang2 aku rasa kesakitan ini menuju kepada pengakhiran yang abadi… Kalau itulah, inilah saatnya aku habiskan masa dengan membuat perkara2 baik.

Ya Allah… dengan rahmatMu yang maha pengasih lagi penyayang, berilah kesembuhan untukku ya Allah, aku ingin berbakti kepada ibuku yang keseorang di hariraya aidil adha ini ya Allah, tapi sekiranya sakit itu adalah lebih baik untuk aku, aku redha ya Allah.. Aku akan cuba membantu sedaya upayaku..

Ya Allah…. dengan rahmatMu bukakanlah pintu hati anakku dan suamiku untuk memikirkan kembali secara rasional konplik yang mereka lalui.. Aku tidak menyebelahi sesiapapun.. kumohon Ya Allah semoga pintu hati dan akal mereka akan terbuka ya Allah, hanya itu sahaja yang dapat kudoakan ya Allah.

Allah……. Allah……. Allah…………… Allahuakhbar!

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Tanpa Tajuk

  1. Malin says:

    Sedeh dgr cerita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s