Untuk Diriku…

Diriku..
aku ingin mengingatkanmu diriku
usah berkira apa pun amal perbuatanmu
lakukanlah demi Allah
kerana Allah
sekalipun..
kadang-kadang kau rasa letih
kadang-kadang kau rasa lelah
kadang-kadang kau rasa marah
kadang-kadang kau rasa bersalah
kadang-kadang rasa tak mau mengalah

bukankah apa yang kau lakukan itu diriku
tanggungjawabmu terhadap ibumu
ibu yang melahir dan membesarkanmu
kenapa mesti rasa letih
kenapa mesti rasa lelah
kenapa mesti rasa marah
kenapa mesti rasa bersalah
kenapa tak mau mengalah

biarlah dunia tak memahami
biarlah dunia mentertawakanmu
biarkan… biarkan… biarkan…
sebab mereka tidak faham
biarkan… biarkan…. biarkan….
sebab mereka tak mahu faham

inilah masanya.. sekarang
berbaktilah kepada ibumu
selagi hayat dikandung badan
janji Allah tak pernah mungkir
pahala untuk anak yang soleh
di dunia mungkin kau letih
di akhirat InsyaAllah kau tak letih lagi..

Ya Allah…
buangkan sifat hasadku
bersihkan hati nuraniku
jernihkan akal dan fikiranku
ikhlaskanlah hatiku
atas segala amal perbuatanku
kasihanilah ibuku
seperti dia mengasihi aku
ketika aku kecil dahulu

diriku..
buangkan rasa letihmu
buangkan rasa lelahmu
buangkan rasa marahmu..
mengalah tak bererti kau kalah
bangun sekarang dari keletihanmu
bangun dan lakukan
InsyaAllah.. Allah bersamamu..

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Untuk Diriku…

  1. sebelumtido says:

    Buatmu diriku… lakukan dengan ikhlas kerana Allah bukan kerana manusia.. Penat di dunia ni sementara sahaja, bila ko tidur dan bangun selepas tu.. hilanglah rasa penat ko tu… Alah small matter aje semua tu.. small matter, ko boleh melakukannya diriku.. InsyaAllah boleh, boleh sangat2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s