PESANAN UNTUK ORANG BERDOSA (4/11/2010)

Alhamdulillah pengajian buku PESANAN UNTUK ORANG BERDOSA karangan Dr. ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni, disambung lagi malam tadi (3/11/2010) pada Bab 7: Hati yang Menyimpang dan sebab yang ke 7 Terlalu Mengikut Perasaan & sebab ke 8 Terdedah Kepada Perosak Iman m/s 245 hingga 248. Kuliah disampaikan oleh Ust. Nizamuddin bin Omar.

(7) Terlalu Mengikut Perasaan

Terlalu mengikut perasaan ni samalah terlalu mengikut nafsu. Berlaku terhadap orang yang telah Allah berikan hidayahNya. Keranan kecuaiannya akhirnya dia menyeleweng dan tersesat kembali dari jalan Allah.

Biasanya golongan muda (anak2) yang mudah terjebak. Dasar pendidikan yang mereka lalui masa sekarang ni banyak kepada yang mengikut perasaan bukan seperti di zaman Rasulullah, dimana baginda mendidik sabahat untuk berjihad, berzikir, mempelajari al-quran, berpuasa dan melaksanakan ibadah2 sunat.

* Pendidikan yang diterima tidak sampai kepada maksud agama
* Tidak dididik dengan sunnah Rasul dan mentaati al-quran
* Hanya membaca al-quran sahaja tetapi tidak mengambil iktibar dan pengajaran sebagai perisai dari perkara2 yang menyesatkan
* Suksesnya ajaran Rasulullah dahulu adalah bermula dengan tarbiah Imaniah – kekuatan iman yang diterapkan oleh Rasulullah tidak kira pada perkara2 yang mudah sehinggalah kepada perkara2 yang sukar.
* Kemana arah pendidikan anak2 kita skrang ni? Adakah kerana Allah ataupun sekadar melepas batuk di tangga? Sebab kebanyakannya lebih kepada meniru2 apa yang diajarkan oleh orang2 yang tidak beriman (sekular)
* Ibubapa memainkan peranan untuk mengajar konsep ketuhanan/tauhid kepada Allah seawal mungkin kepada anak2. Kenalkan Islam, suburkan nilai2 keIslaman dalam keluarga kita
* kerana terlalu ikutkan perasaan, kadang2 kita tak melakukan kebaikan kerana malu, bosan, rasa tak berbaloi dan seumpamanya padahal kita tahu padahal kita tahu dan ingin melakukannya.
* kadang2 pula kita melakukan sesuatu kerana manusia dan untuk kepuasan diri sendiri (niat) yang semestinya tidak ikhlas kerana Allah, perbuatan tersebut hnyalah sia2 dan tidak ada nilainya
* Sebagai contoh, anak2 yang ke sekolah agamapun, jika niat belajar itu untuk mendapat sijil sahaja akhirnya bila dah habis belajar dia tinggalkan apa yang telah dipelajari kerana niat asalnya sekadar mendapat sijil bukan keredhaan Allah.
* Matlamat kehidupan seorang muslim adalah mencari keredaan Allah yang akan menyelamatkan dia di dunia mahupun di akhirat kelak.
* Tergelincirnya daripada iman dan hidayah yang telah Allah berikan boleh berlaku kepada sesiapa shaja kalau dia tidak memupuk dan menjaganya
* Banyakkan membaca doa agar Allah mengekalkan iman kita – (surah Ali Imrah ayat 8):

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ –

Maksudnya, (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia).”

** note:

Ambil sedikit masa untuk lafazkan doa tersebut, selepas surah Al-fatehah dalam rakaat ke3 solat maghrib.. InsyaAllah.

(8) Terdedah Kepada Perosak Iman

Terdapat pelbagai faktor yang menymbang kepada rosaknya iman.

(a) Rakan/Kawan

* Rakan – selain memberi kebaikan, rakan juga boleh membawa kepada keburukan. Oleh itu hati2lah dalam memilih kawan.
* Kita perlukan teman yang akan menghulurkan tangan ketika kita tergelincir, membantu dan mengingatkan atas dasar kasih sayang untuk menyelamatkan kita dari azab Allah.
* Rasulullah berpesan, jangan bersabahat melainkan dengan orang2 yang beriman – tapi sekarang ni banyak yang lebih memuliakan barat daripada ulama sehingga sanggup meminta nasihat daripada barat dari meminta nasihat pada ulama – yang jelas lagi terang, tersasar dari ajaran Islam (banyak contoh ada di negara kita.. )

(b) Media

Tidak dapat dinafikan, alat2 komunikasi pada zaman ini memberi kemudahan kepada manusia tetapi ia juga mengundang bahaya terhadap iman sesorang.

7 macam bahaya yang terdapat di sebalik kemudahan tersebut:

1. Tanggapan yang salah terhadap media – keburukan digambarkan sebagai kebaikan
2. Menghapus tanda2 agama daripada hati – Allah campakkan nur dalam hati setiap orang yang beriman, bila dicemari dengan perkara2 maksiat maka nur tersebut akan terpadam sedikit demi sedikit hingga ia tak bercahaya lagi hingga terhijab dirinya daripada Allah *** 3 tanda orang yang menerima hidayah Allah (1) Jauhkan dirinya dari tipu daya dunia (2) Kembali mendekatkan dirinya kepada kebaikan di hari akhirat (3) Bersedia Untuk Mati sebelum ajalnya
3. Memadamkan personaliti yang mulia spt Nabi Muhammad dan sahabat2 baginda, menjadikan personaliti dunia (penyanyi, pelakon dsb) sebagai ikon
4. Melemahkan tradisi penemuan ilmiah – jadi orang jahil dan tak kisah tentang ilmu
5. Ikut2an – mengikut orang kafir baik dari segi makanan, pakaian dsb
6. Meremehkan perkara2 dilarang kerana telah menjadi terlalu biasa – contoh homoseks dan perkara2 yang dilarang dalam Islam. Dosa dianggap biasa, maksiat dianggap hebat
7. Rasa kagum kepada orang kafir sehingga melupakan kehebatan Nabi Muhammad. Siapa lagi yang lebih hebat daripada Rasulullah (selain Allah)?? Malangnya ramai orang yang menjadikan sirah nabi sebagai cerita yang diulang setiap tahun, ia hanya diceritakan dan didengar dan diulang lagi… Sirah nabi tidak dijadikan sebagai bahan hidayah yang boleh menjadi teladan dalam kehidupan seharian.

Oleh itu, aku mengingatkan pada diriku dan semua yang membaca coretan ini, iman dan hidayah yang telah Allah berikan kepada kita sebagai seorang muslim, jagalah baik2, buktikan dan dakwahkan kepada yang lain. Semoga kita semua terus istiqomah dalam mencari redha Allah.

Bab 7 Hati Yang Meyimpang telahpun tamat dibincangkan malam tadi, dan InsyaAllah akan disambung bab 8 Menghapuskan Dosa, pada minggu hadapan jika dipanjangkan usia InsyaAllah.

Mohon maaf jika terdapat kesalahan dan terima kasih diucapkan kepada Ust. Nizam yang menyampaikan ilmu kepada kami khususnya para jemaah Surau Al Husna Jalan Suria.. Alhamdulillah.

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s