Pesanan Untuk Orang Berdosa (27/10/2010)

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah untuk mengikuti pengajian hari ni di bawah tajuk dlm bab 7. Hati Yang Menyimpang, sebab yang ke lima,
Berkawan Dengan Orang Jahat m/s – 239 -242 & sebab ke enam Panjang Angan-angan., buku Pesanan Untuk Orang Berdosa karangan Dr. ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni yang disampaikan oleh Ust. Nizamuddin Omar.

5. Berkawan Dengan Orang Jahat
Teman yang jahat adalah orang yang menghalang kita daripada kebenaran dan memalingkan kita daripada hidayah yang telah Allah kurniakan. Perumpamaan teman bolehlah dibahagikan kepada 3 jenis: (1) Sebagai udara (2) Sebagai Ubat (3) Sebagai Penyakit

(1) Udara
Teman seperti ini sangat diperlukan dalam hidup kita kerana spt udara yang membolehkan kita menghela nafas untuk teruskan kehidupan, teman spt udara ini pula dapat menghidupkan rohani dan jiwa. Merekalah teman yang akan mendekatkan dan menjadikan kita senang berzikir mengingati Allah. Melihatnya sahaja, kita akan segera mengingati Allah. Cintailah teman seperti ini dan berdoa untuk mereka. Tanpanya, seolah2 iman tidak subur serta menjadikan kita lalai dari mengingati Allah. Teman2 seperti ini boleh kita ujudkan dalam keluarga kita sendiri, umpama seorang suami kepada isterinya, ibubapa kepada anak2 dsb yang kerana mereka kita akan ingat pada Allah dan takut akan azab Allah.

(2) Ubat
Teman seperti ini diperlukan kerana membawa manafaat yang diperlukan bila kita berhajat sahaja.

(3) Penyakit
Teman yang membawa virus berjangkit yang akan mendekatkan kita dengan api neraka serta membawa kepada kehinaan di dunia dan di akhirat. Kita mestilah melarikan diri dari orang yang mengajak kita kepada kejahatan.

Di akhirat kelak, orang yang masuk ke syurga kan bertemu semula dengan teman2 yang sama2 beramal soleh, begitulah juga jika terhumban ke dalam neraka, bertemulah sesama orang yang derhaka kepada Allah. Seperti yang disebut dalam al-Quran, surah Al-Furqan ayat 27 – 29 yang bermaksud:
Ayat 27: “Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya **(menyesali perbuatannya), seraya berkata: “Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama2 Rasul.”
Ayat 28: “Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan **(syaitan atau orang yang menyesatkannya ketika di dunia) itu teman akrab(ku)”
Ayat 29: “Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al Qur’an ketika Al Qur’an itu telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia.
Begitulah penyesalan yang tidak berguna lagi..

Kawan yang jahat ini samalah umpama syaitan yang menyerupai manusia yang kerjanya membisikkan agar melakukan kejahatan sehingga menjadi kufur, lantas selepas itu akan ditinggalkan dan syaitan berkata ia tidak ada kena mengena dengan dirinya (syaitan). Penyesalan pasti akan berlaku bila menerima azab di neraka Allah.

Dalam m/s 240 dicatitkan beberapa contoh teman yang diumpamakan sepeti penyakit:

(a) Kata orang soleh, tinggalkan orang yang meremehkan takbiratul Ihram dalam solat jamaah – jauhi dari bergaul dengannya kerana dia meremehkan kewajipan2 Allah. Sebagai peringatan: Memilih kawan adalah sepeti memilih masa depan, sebagai petanda apa yang berlaku pada nasib kita di hari akhirat kelak. Mungkin sukar mencari teman yang betul2 taat pada zaman yang penuh dengan kerosakan ini, tapi pasti di luar sana masih ada orang yang Istiqomah atas jalan Allah. Sesungguhnya kerana kawan, hatta orang yang telah beriman sekalipun boleh menjadi kufur atas hasutan jahatnya. Nauzubillah.

(b) Ja’far ash-Shadiq, beliau adalah guru kepada ramai imam, antaranya Imam Abu Hanifah (mazhab Hanafi) dan Imam Malek. Menurut Imam Malek, apabila beliau datang ke rumah Ja’far ash-Shadiq, hanya 3 perkara yang pernah dilihatnya: (1) sedang membaca al qur’an, (2) sedang solat (3) sedang berpuasa –

Wasiat yang sangat indah daripada Ja’far ash-Shadiq kepada anaknya, jangan berkawan dengan 3 jenis manusia:

(1) orang yang derhaka kepada orang tua sebab dia dilaknat Allah. Fenomena sekarang ni, ramai anak2 yang derhaka. Sepatutnya ibubapa dihormati dan dimuliakan.. (ust. kata fikir2lah apa yang kita beri makan kepada anak2 kita – maksudnya rezeki tu halal ke tidak sebab sumber tidak halal akan jadi darah daging pula kepada anak2 sehingga hatinya tidak terjaga dengan hidayah…), ditambah pula dengan suasana persekitaran sekarang ni. Selalu2lah pantau anak2 kita.. (Ya Allah, lindungilah anak2ku dan jadikan mereka anak2 yang soleh dan solehah… amin..)

(2) orang jahat – spt orang fasiq dsb sebab kejahatan mereka akan menular

(3) orang pembohong – dia akan mendekatkan kita kepada kejahatan dan jauhkan kita dari kebaikan.

(c) Kata Ibnu Kathir – Allah mengabadikan seekor anjing dalam al-quran kerana binatang itu bersahabt dengan Ashabul Kahfi yang soleh, sedang Abu Thalib terseret ke neraka kerana teman2nya yang jahat seperti Abu Jahal dan lainnya.

(d) Seorang ulama berkata – “Teman adalah awan yang menaungi anda”. Jangan sebarangan memilih kawan – melainkan seorang yang benar2 beriman. Jangan benarkan makananmu dimakan melainkan oleh orang yang bertakwa.
**tapi sedih jugakan lately ada pulak idea yang dicetuskan oleh pimpinan negara yang Malaysia ini akan dijadikan hub pusat hiburan malam yang kononnya untuk galakkan pelancongan yang akan ransang ekonomi negara. Sungguh merisaukan – nampaknya semakin jauhlah dari rahmat dan hidayah Allah sebab banyaknya perkara2 mungkar – so kita kena fikirlah dan timbang2lah… )

Bergaul dengan orang soleh akan dapat 3 keuntungan:

(1) Allah akan tambah ilmu, kecerdasan dan taufiq
(2) Memperoleh doa daripada mereka
– kebaikan yang dilakukan mendorong kita menirunya
– tidak akan berdoa untuk dirinya sendiri, bahkan mendoakan yang lain juga
(3) Memperolah syafaat di akhirat kelak

Firman Allah dalam surah Az-Zukhruf ayat 67 maksudnya: “Pada hari itu sahabat2 karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang2 yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).”

Sebab ke 6:

6. Panjang Angan-angan (m/s 242 – 245)

Nabi bersabda, ada dua perkara yang sangat baginda takuti:
(1) Panjang angan2 – akan melupakan akhirat
(2) Mengikut hawa nafsu – akan menghalang dari kebenaran

Panjang angan2 bolehlah dikatakan sebagai seseorang yang tidak membayangkan akan kematian. Baginya mati itu hanya utk orang2 tua shj sebab dia dibuai oleh angan2nya. Dia lupa pada akhirat dan tidak akan beramal untuknya. Yang ada dalam fikirannya hanyalah bagaimana untuk memanafaatkan masa mudanya yang akan diisi dengan perkara sia sahaja. Lebih malang lagi bila ia berlaku kepada orang yang sudah tua (masih berangan2).

Orang bijak berkata,: “Barangsiapa yang menanam kalimat saufa (akan), maka akan tumbuh tanaman la’lla (semoga) dan akan menghasilkan buah laita (harapan), dan rasanya adalah an-Nadamah (penyesalan).”
Walaupun untuk perkara2 kebaikan:
Contoh: “Bacalah al-quran.” – maka dijawabnya “InsyaAllah aku AKAN membacanya”. dsb..
Maksudnya di sini, sungguhpun masih muda jangan bertangguh untuk melakukan perkara2 yang baik. Kerana khuatir, ajal akan menjemput tanpa sempat bertaubat. Sesungguhnya setiap nafas yang berlalu, semakin dekatlah kita kepada kematian. Kita berjalan menuju Allah, semoga Allah menetapkan kita semua atas kalimat La Ilaha Illallah….

Dalam hadis nabi, baginda bersabda,: “Jika engkau berada pada pagi hari, maka janganlah menunggu petang, dan jika engkau berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari.” (HR Bukhari dan Ibnu Hibban).

Sesungguhnya kematian itu lebih dekat daripada apa yang kita sangkakan. Jika kita berada di antara dua benda, yang berada paling dekat dengan kita adalah ajal kita dan yang jauh daripada kita itulah angan2.

Nabi Nuh ketika ditanya tentang kehidupan menjawab,: ” Demi Allah, kehidupan bagiku tidak lebih dari rumah yang memiliki 2 pintu. Aku masuk dari pintu pertama dan keluar dari pintu kedua” – begitulah singkatnya kehidupan ini sebenarnya.

Orang yang paling bijak adalah orang yang paling kuat membuat persiapan untuk mati. Maka dia pergi menemui Allah dengan keelokkan dunianya dan kemuliaan di hari akhirat.

Jangan padamkan ingatan tentang kematian yang melintas dari fikiran sebab itulah yang akan menjadi ubat yang sangat berguna untuk memotivasikan diri menuju akhirat dengan bekalan yang sempurna.

Peringatan untuk diriku dan semua……… MATI – tak kira tua atau muda, masanya tetap akan tiba. Suka atau tidak, kehidupan ini akan berakhir dengan kematian. Kembalilah ke jalan Allah, InsyaAllah, pintu Allah akan sentiasa terbuka kepada mereka2 yang ingin kembali kepadanya (dengan bertaubat).

Terima kasih kpd ust. yang mencurahkan ilmu, semoga coretan aku ini memberi manafaat kepada diriku dan sesiapa sahaja yang membacanya. Mohon maaf jika terdapat kesalahan dan kesilapan. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kita semua, agar kita akan menjadi insan yang lebih baik dari masa ke semasa. InsyaAllah… amin.

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s