Pesanan Untuk Orang Berdosa (20/10/2010)

Alhamdulillah, thanks Allah sebab masih memberi kesihatan dan kekuatan untuk mengikuti kuliah hari ni. Mudah2an Allah tunjukkan jalan untuk istiqamah dalam mencari redhanya.. Amin. Buku Pesanan Untuk Orang berdosa, karangan Dr. ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni, disampaikan oleh Ust, Nizamuddin Omar. Hari ni masih berada di bab 7, tajuk Hati Yang Menyimpang, pada penyebab ke 4, Lalai dan tidak menggunakan akal.** penyebab 1 hingga 3 telah dibincangkan pada minggu yang lepas2 – 1. Jiwa Yang Kotor, 2. Menuruti Hawa Nafsu 3. Membiarkan Waktu Kosong **

4. Lalai (ghaflah) dan tidak menggunakan akal m/s 236 hingga 239

Kelalaian adalah musibah paling besar yang menimpa umat manusia. Menurut ulama, kelalaian adalah salah satu tiang penegak kekufuran. Orang yang lalai adalah orang yang mengambil berat akan perkara lain tetapi memandang remeh akan agama, malah tidak memikirkan pun tentang agama. Mereka akan memperuntukkan masa yang banyak kepada perkara2 duniawi tetapi malang sekali tidak ada masa untuk perkara2 agama. Bersyukurlah jika hari ini kita masih mahu menjejakkan kaki ke rumah2 Allah untuk mencari ilmu, sebab ketika itu kita terselamat dari dunia yang melalaikan… Alhamdulillah.

Untuk mencari keredhan Allah, mestilah dengan jalan mengenal Allah, ikutilah jalan yang lurus yang telah ditunjukkan oleh para Rasul dan Nabi serta alim ulama, bukan jalan lain yang memisahkan kita dari petunjuk Allah. Di hadapan kita terbentang dua jalan (1) Jalan ke syurga (2) Jalan ke neraka – Pilihan di tangan kita, sama ada perlu bersusah2 dahulu untuk meraih syurga Allah, ataupun ambil mudah semua perkara sehingga menyeret kita ke neraka.

Alhamdulillah, demi menerima Islam sebagai way of life, berusahalah untuk menghayatinya. Bersyukur sebab Allah beri nikmat hidayah untuk terus berada pada jalan yang lurus, tetapi hati2 khuatir nikmat itu Allah tarik balik sebab istiqamah pada jalan yang lurus itu bukanlah mudah. Hanya kekuatan iman yang akan menguatkan kita untuk terus istiqamah untuk berada di jalan Allah. Orang yang beriman akan sentiasa membenarkan firman2 Allah dan matinya pula sebagai seorang Islam. Orang yang tidak mahu mencari dan mempelajari ilmu Allah, tidak mahu menerima teguran dan peringatan maka orang itu terus berada pada kesesatan. Nauzulbillah.

Menurut ulama, salah satu daripada 6 golongan yang masuk ke neraka atas sebab 6 perkara adalah, orang yang tinggal jauh dari kota dan hidup dalam kejahilan. Pada m/s 237 hadis Nabi riwayat Bukhari yang bermaksud “Wahai Thauban, kamu jangan tinggal di daerah perkampungan. Sebab, penghuni perkampungan sama seperti penghuni kuburan.” Maksud di sini, bukan kerana tinggal di pedalaman tetapi jarangnya pengajian dan hal2 keagamaan dilaksanakan, maka kelalaian demi kelalaian akan berlaku. Bagi mereka yang terbuka mindanya, mereka boleh melarikan diri dari kejahilan, tetapi yang masih berpegang kepada perkara2 yang boleh merosakkan aqidah, tahyul, syirik, bidaah, tidak terdedah kepada ilmu atau tanpa asal ilmu, mereka akan terus mengamalkan budaya nenek moyang yang jauh dari syariat Allah dan tidak menghiraukan hukum hakam Islam dan berada pada kerosakan akhlak. Ini bukan disebabkan mereka tinggal di pedalaman, tetapi atas sebab kelalaian daripada menerima syariat yang ditetapkan sehingga mereka tersisih dari hidayah Allah. Mereka melakukan amalan2 hanya ikut-ikutan sahaja, yang barangkali semakin lama semakin menyimpang dari ajaran Islam yang sebenarnya. Sifat tertutuplah yang membuatkan mereka menolak hidayah Allah.

Kejahilan adalah musuh utama orang yang bekehendakkan agama. Menurut Imam Al Khalil bin Ahmad ada 4 golongan ilmu:
1. Orang yang berpengetahuan (berilmu) dan dia tahu dia berpengetahuan – maka ikutilah orang ini untuk melaksanakan amal dan ilmu
2. Orang yang berpengetahuan tetapi dia tidak tahu yang dia berpengetahuan – inilah orang yang lalai. Sedarkanlah mereka untuk menambahkan lagi amal dan ketaatan semoga mereka akan memberi manfaat yang boleh diperpanjangkan kepada orang lain.
3. Orang yang tak berpengetahuan dan dia tahu dia tiada pengetahuan – berikanlah dia petunjuk dan bantulah dia mencari keredhaan Allah.
4. Orang yang tak berpengetahuan dan dia tidak tahu dia tiada pengetahuan – inilah orang yang jahil. Tinggalkanlah dia.

Ilmu terhakis/tercabut dari dunia ini bila ulama2 meninggal dunia yang tinggal hanyalah orang2 jahil sahaja. Maka pemimpin2 akan dilantik dari kalangan orang yang jahil, mereka ini adalah orang yang sesat lagi menyesatkan orang yang lain. Kita mestilah meningkatkan diri dalam hal2 keagamaan, sepertimana kita yang setiap hari memperbaharui urusan dunia, begitulah juga sentiasa memperbaharui dalam menambahkan urusan2 akhirat.

Tidak ada alasan pun yang boleh digunakan untuk menghindarkan diri dari menuntut ilmu. Seseorang muslim wajib membentengkan dirinya dari kelalaian dengan zikir dan ilmu (zikir & fikir), walau berapapun usia kita, mesti terus belajar, menuntut ilmu, mendalami urusan agama serta bergaul dengan para ulama.

Kata seorang tabi’in, Wahab bin Munabbih, Islam terdiri atas tiga perkara (asas)
1. Iman
2. Ilmu
3. Amal
Kunci untuk mendapatkan rahmat Allah adalah dengan bersifat tawaduk (merendah diri/tidak angkuh).

Sebagai manusia biasa, berhati2lah ketika bercakap sebab lidah akan membongkar isi hati empunya diri.

Sabda Rasulullah, hari raya yang sebenar bagi orang mukmin ialah:
1. Hari yang ketika ia tidak melakukan dosa kepada Allah
2. Hari ketia dia keluar dari dunia (mati) dalam keadaan diredhai Allah
3. Hari ketika dia dipanggil dan dimasukkan ke dalam Syurga
4. Hari ketika penghuni2 syurga diberi rahmat untuk melihat Allah

Orang munafiq ketika berbuat dosa, dia masih mampu ketawa.
Orang mukmin ketika berbuat baik, dia masih menangis kerana takut akan Allah.
Sedikit ketawa, banyakkan menangis – kerana takut Allah. Menangis adalah amalan orang2 yang berada di jalan Allah untuk menyedarkan diri tentang kelemahan, kesalahan, kealpaan dan kerugian.

Peringatan untuk diriku dan yang berusia 40 tahun ke atas… bersifat lebih warak, zikir secara istiqamah. Bawa diri kepada perkara2 yang melebihkan akhirat daripada melebih2an dunia. Orang yang menangis kerana takut akan Allah lembut hatinya, jernihlah jiwanya. Sedang Rasulullah dan Abu Bakar pun menangis… apatah lagi kita manusia biasa, berusahalah untuk menangis kerana takut Allah. Salah satu dari 7 golongan yang dalam lindungan ‘Arash – seorang mukmin yang ingat Allah (berzikir) secara sendirian sehingga mengalir airmatanya. 2 biji mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka (1) mata yang menangis kerana takut Allah, (2) mata yang berjaya malam kerana beribadah.** PEMBETULAN (2)- mata yg berjaga malam berkawal di jalan ALLAH (ketika berjihad/b’perang) ** terima kasih atas pembetulan ustaz ***

Itu sajalah yang dapat aku catitkan tadi, minta maaf sebab mungkin ada yang tertinggal, tersalah dan tersilap. Semoga catatan ini dapat memberi sedikit manafaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Terima kasih kepada Ust. Nizam yang menyampaikan ilmu. Semoga kita semua dalam rahmat Allah, dalam menjadi muslim yang sejati InsyaAllah. Semoga Allah memberi kekuatan ingatan pada aku untuk jadi orang beriman yang sentiasa bersedia menerima ilmu dan seterusnya mengamalkan ilmu yang diperolehi.. Amin.

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s