Pesanan Untuk Orang Berdosa (13/10/2010)

Alhamdulillah kerana masih diberi kesihatan dan kekuatan untuk menghadirkan diri untuk kuliah minggu ini dalam mengupas kitab bertajuk Pesanan Untuk Orang Berdosa karangan Dr. ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni yang disampaikan oleh Ust. Nizamuddin b Omar a.k.a. Abu Habeeb.

Hari ni, masih dalam bab 7, Hati Yang Menyimpang pada sub title A. Sebab-sebab hati menyimpang,
iaitu sebab yang ketiga, pages 230 hingga 236:
(3) Membiarkan Waktu Kosong
Hargailah nikmat yang Allah kurniakan kepada kita semua, iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang. Jika kita mensia2kan masa lapang dengan melakukan perkara2 lagha bermakna kita termasuk dalam golongan orang2 yang lalai. Membiarkan waktu berlalu sia-sia tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah samalah kita tidak menghargai nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Seharusnya waktu kosong itu diisi dengan melakukan ibadah2 sunat, membaca alquran dan bertasbih.

Menurut Iman Hassan Al Bana, kewajipan yang patut kita lakukan lebih banyak daripada waktu yang kita ada. Jika ada waktu kosong, isilah dengan sesuatu yang berguna kepada agama kita.

Memetik kisah2 sahabat, Khalifah2 Islam dan para ulama, mereka tidak akan membiarkan waktu berlalu dengan sia2. Syaidina Umar adalah seorang Amirul Mukminin yang suka menyibukkan diri. Selesai melakukan tugas2 pemerintahan, beliau akan mendirikan solat, selesai solat, mendamaikan 2 orang yang berselisih, kemudian tanpa protokol melawat rumah penduduk, anak2 yatim dan janda2 tua. Setelah itu memeriksa pejabat2. Jika semuanya selesai, beliau berkata kepada Abu Musa, “Wahai Abu Musa, ingatkan kami kepada Allah.” {Abu Musa = Abdullah b Maqis, berasal dari Bani Tamim yang berasal dari Yaman. Beliau adalah di antara orang yang terawal memeluk Islam yang turut sama brhijrah ke Habsyah dan ke Madinah. Beliau dilantik sebagai Gabenor Kuffah, seorang yang faqih (sgt alim) dan qari (sgt baik bacaannya)}.

Ada orang yang bertanya kepada Atikah, isteri Sy. Umar, “Apa yang dikerjakan Umar?”, Atikah menjawab,: “ketika pergi ke tempat tidur, dia menyediakan air dingin di sisi tempat tidurnya. Jika rasa mengantuk, dia langsung memercikan air tersebut ke mukanya, lalu berzikir. Kalau mengantuk lagi, dia menitiskan air tersebut ke mukanya lagi.. Jika telah dtang tengah malam, dia bangkit untuk melaksanakan solat, menangis dan berdoa hingga terbit fajar.”

Atikah bertanya kepada Umar,: “Wahai Amirul Mukminin, mengapa engkau tidak tidur?”, Umar menjawab: “Jika aku tidur pada siang hari, maka rakyatku akan hilang. Dan jika aku tidur pada malam hari, maka jiwaku akan hilang”, Subhanallah… Semoga Allah memberikan kesejahteraan bagimu dan mengangkat darjarmu wahai Umar.. Amin..

Itu adalah contoh pemimpin yang tentu sekali dibebani dengan pelbagai tugas.. kita?? Kita masih seronok membuang waktu sia2, sedangkan tempat kita orang biasa2 saja… Nafsu sering mengajak kita rehat dan rehat lagi serta terus melakukan perkara2 lagha, sedangkan banyak yang boleh dilakukan.

Terdapa juga kisah ulama2 spt al Junaid bin Muhammad dan Ibnu Taimiyah yang bukan sahaja semasa hayatnya dipenuhi dengan melakkan ibadah, malah di akhir hayatpun dalam ibadah. Subhanallah. Bukankah semasa kita baru dilahirkan kita diperdengarkan dengan azan? Beruntunglah jika di akhir hayat kita diakhiri pula dengan kalimah tauhid.. Lailahaillah.. Sebab jiwa yang tenang akan dirahmati Allah.

Disebutkan juga tentang, penguasa dan ulama. Adab menuntut ilmu, ilmu didatangi bukan mendatangi.. Penguasa yang sepatutnya mendatangi Ulama.. Carilah sebab2 dan perkara2 yang boleh menyebabkan kita menjadi mulia di sisi Allah. Manfaatkanlah waktu, semoga Allah berikan kita kekuatan supaya tidak membuang waktu sia2. Semoga di akhirat kelak, kita termasuk dalam golongan yang dirahmati dan mempunyai nilai di sisi Allah.

Semoga Allah akan berikan lagi kesempatan untuk meneruskan pengajian dan dilimpahi taufiq dan hidayah serta dirahmati untuk kehidupan kita.. Amin. Terima kasih kepada Ust. Nizam yang memberikan ilmu kepada kami semua. Mohon maaf andai tulisan aku ni ada yang tersalah dan tersilap, yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari kesilapan aku sendiri. Aku berdoa semoga Allah sentiasa membuka ruang dalam hati kita semua untuk menjadi insan yang lebih baik dari masa ke semasa. InsyaAllah..

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s