Pesanan Untuk Orang Berdosa (6/10/2010)

Alhamdulillah, sebab masih diberikan kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini.. Seterusnya diberi kekuatan untuk menghadiri majlis ilmu yang disampaikan oleh Ust. Nizamuddin Omar selepas solat maghrib tadi. Syukran..

Beberapa tajuk sebelum ini, aku tak update sebab malas nak menaip. InsyaAllah, sekiranya berkesempatan, aku akan memuatkannya ke dalam blog bulanhijau.wordpress.com, jemputlah singgah ke sana.. Mudah2an apa yang aku tuliskan, sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada yang membacanya.. InsyaAllah.

Tajuk hari ini, Bab 7, Hati Yang Menyimpang, tajuk kecilnya: (m/s 226)

1. Jiwa yang kotor – telah dibicarakan minggu lepas (aku absent kuliah.. tak berapa sihat.. hehehe)

2. Menuruti Hawa Nafsu

Manusia dikurniakan akal yang akan jadi jalan makrifatullah (kenal Allah) tetapi bila dikuasai oleh hawa nafsu maka jadilah dia manusia yang sesat.

Terdapat berbagai jenis nafsu, antaranya nafsu syahwat, nafsu amarah, nafsu tamak, nafsu keinginan yang besar terhadap duniawi dll. Selalu kita dengar pepatah “Tepuk dada tanya selera” – inilah contoh kepada tunduk kepada nafsu sehingga menjerumuskan orang tersebut kepada kemungkaran. Sebab tidak bertanya kepada akal, kehidupannnya akan terus menerus melakukan maksiat. Janganlah tunduk kepada hawa nafsu malah kita tidak perlu patuh kepada orang yang dikuasai oleh nafsunya yang membuatkannya menderhakai Allah.

Imam Addarani (maaf kalau salah eja), menyatakan perbuatan yang paling mulia adalah perbuatan yang bertentangan dengan hawa nafsu. Mudah2an kita semua berjaya mengeluarkan diri kita dari didorong oleh hawa nafsu, sebab hawa nafsu ini termasuk dalam 5 perkara musuh orang beriman. Kejayaan bagi seorang yang beriman adalah bila dia berjaya membebaskan dirinya dari hawa nafsu, melawan hawa nafsu adalah seperti berlawan dengan syaitan.

Dlm pages 227 & 228 ada disertakan contoh2 tunduk dan patuh kepada hawa nafsu. Mereka menurut hawa nafsu hanya disebabkan tak mahu kalah dengan orang lain. Tahu akan kebaikan tetapi masih mahu melakukan kejahatan.. Nauzubillah. Namun sebagai manusia, berusahalah untuk meraih kebaikan (bertaubat) sekalipun sukar, InsyaAllah di penghujungnya pasti Allah memberikan kejayaan.

Memetik kisah seekor semut yang mahu memanjat pokok pisang yang licin, percubaan demi percubaan dilakukan, akhirnya dengan pertolongan Allah, semut tersebut berjaya memanjat pokok tersebut, “Garis yang panjangnya seribu langkah dapat ditempuh dengan satu langkah, iaitu dengan kesabaran.”. Sabar di dalam melakukan ketaatan, sabar dalam menahan diri dari melakukan kemaksiatan, sabar dalam menghadapi ujian Allah.

Semoga Allah memberikan sbuah kesempatan, Dialah Allah yang memberi petunjuk dan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki, semoga Allah memberikan kita semua hidayah yang sejati, sehingga kita tak akan berpaling lagi… Amin. *** Ingatan untuk diriku yang kadang2 terleka & untuk semua: Janganlah jemu mencari hidayah dari Allah, setelah memperolehinya, pelihara dan istiqamah, mudah2an Allah tambahkan hidayah. Jangan cuai dan lalai, kerana hidayah Allah boleh pergi begitu sahaja sehingga nikmat iman yang telah Allah berikan itu bertukar menjadi azab***

Mereka yang berjaya mengalahkan hawa nafsunya adalah mereka yang menang lagi berjaya, tetapi mereka yang dikalahkan hawa nafsu adalah mereka yang tewas dan rugi.. pilihan di tangan kita sendiri, jadi pilihlah yang pertama.

Terdapat peringkat2 nafsu:

(a) Nafsu Mutmainnah (nafsu yang telah terkawal)
– hatinya merasa tenang, dan seluruh kehidupannya juga akan tenang
– berjaya menundukkan nafsunya
– kembali kepada Allah dalam keadaan redha

(b) Di bawahnya Nafsu Lawammah (memberontak)
– mendapat nikmat Allah tetapi tidak bersyukur
– haru biru bila menerima musibah dari Allah

(c) Kategori paling rendah – Nafsu Amarah
– sangat mengajak kepada kejahatan sahaja

Teropong dan muhasabah diri, di mana kedudukan nafsu kita berada???

Yahya Muaz Arradzi menyatakan, gempurlah hawa nafsumu dengan 4 latihan:
(1) Sedikit makan – berpuasa
(2) Kurangkan tidur – qiamulail, munajat, berzikir
(3) Berpada2 dalam percakapan – jauhi bercakap perkara yang tidak perlu
(4) Menerima penganyiayaan orang lain dengan redha, sabar dan berlapang dada

Note: Bida’ah lawannya Sunnah – Orang yang menyanggah sunnah (cara hidup nabi) adalah orang yang bida’ah.

Itulah sedikit sebanyak yang dapat aku catitkan tadi. Mohon maaf jika terdapat kesilapan ejaan atau kesilapan2 yang tak disengajakan. Semoga tulisan ini dapat menguatkan ingatanku tentang apa yang telah kupelajari, mohon Allah memberkati apa yang telah kupelajari. Amin… segala yang baik datangnya dari Allah, yang buruk adalah kelemahan diriku sendiri.

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s