Assalamualaikum…

Nampaknya dan lama juga aku tak update belog aku yang tercinta ini.. Almaklumlah, sibuk memanjang.. sepanjang puasa, nak raya dan dah pun raya… banyak yang kucatitkan dalam buku notaku sepanjang Ramadhan lalu, cuma tak sempat aje nak menaipnya ke dalam belog ini.. Kalau nak menyiapkannya mungkin mengambil masa juga.. tgklah kalau rajin nanti.. sekarang ni tengah tak berapa nak rajin sangat.

Alhamdulillah.. dah dua minggu ni, kuliah oleh ustaz2 diteruskan lagi, ditambah lagi dengan kunjungan marhaban dari rumah ke rumah.. ni pun baru sahaja balik ke rumah selesai kuliah Ust. Mohd Esa, Alhamdulilah. Menurut perkiraan sepatutnya malam ni, ada kuliah tentang Haji dan Umrah, sayangnya, Ustaz yang nak mengajar tu tak dapat datang, mungkin ada hal agaknya. InsyaAllah, minggu depan mungkin akan diadakan.

Bulan Syawal ni, lebih tepat lagi 9 Syawal.. genaplah tiga tahun abah aku meninggal dunia. Alfatihah untuk Almarhum Haji Asnawi bin Mohd. Yunos, mudah2an roh abah ditempatkan di sisi orang2 yang beriman, InsyaAllah selagi hayat dikandung badan, anakmu akan sentiasa berdoa untukmu abah..

Alhamdulillah juga, hariraya yang lepas dapatlah bersama2 dengan kedua2 ibu.. ibu dan ibu mertuaku, walaupun ibu mertuaku nun di Kuala Lumpur, kami pergi juga ke sana walaupun cuma dapat berjumpa satu hari sahaja… maklumkah hubby aku tgh sibuk. Dapat juga berkumpul dengan semua adik beradik.. By the way, everything smuanya okey2 sahaja.. Syukur. Lepas tu dapat pula kunjungan dari kawan baik aku masa kat Poli dulu Rahimah Ripin sekeluarga… memang bestlah..

Syawal pun dah hampir ke penghujungnya, mungkin tak sibuk sangat lepas ni.. InsyaAllah aku akan kembali menulis lagi..

Salam.

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s