Pesanan Untuk Orang Berdosa (18/8/2010)

Alhamdulillah.. kuliah diteruskan lagi oleh Ust. Nizamuddin Omar pada malam ke 8 Ramadhan 1431 ini. Maaflah, aku tak update ontime sebab masa tak mengizinkan.. tapi hari ni aku sempatkan juga melakukannya setelah menyiapkan beberapa kerja yang mustahak. Semoga catatan aku ni dapat kubaca, menguatkan ingatan tentang apa yang telah kupelajari dan peringatan kepada diriku yang selalu terlalai.. Semoga kalian yang membacanya jga akan mendapat sedikit ilmu dari tulisanku ini… InsyaAllah.

Kuliah diteruskan pada tajuk – Penyakit Rohani

B. Panah yang menghancurkan hati

Panah yang menghancurkan hati ada 3 perkara – jika terkena salah satu daripadanya maka hati kan terkoyak, terbakar, hancur dan berderai2.

1. Melihat perkara2 haram
Memandang sesuatu yang haram adalah panah beracun yang dilepaskan oleh iblis, maka orang yang menundukkan pandangan akan ujud kemanisan iman dalam jiwanya. Dalam bulan Ramadhan ini, hendaklah kita melaksanakan ibadah puasa dengan tertib, selain dari perkara yang membatalkan puasa, jagalah mata kita dari memandang perkara2 yang haram. Contoh yang paling dekat sekali, kita sengaja menonton tv yang menayangkan perkara2 maksiat dan mendedahkan aurat.

Berkenaan dengan aurat: Sangat perlu diberi perhatian – ada batas2 aurat di antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Aurat perempuan dengan mahramnya, apa yang biasa ditutup semasa di dalam rumah, kecuali leher ke atas, lengan dan betis ke bawah.. (peringatan untuk anak2ku…) Aurat perempuan dan perempuan kafir sebahagian ulama menyatakan sama dengan di antara perempuan dengan ajnabi iaitu keseluruhan dirinya kecuali muka dan tapak tangan. Tetapi jika perempuan kafir tersebut baik akhlaknya, samalah kedudukan aurat tersebut sebagaimana dengan perempuan2 mukminah. Sebagai muslimah, haruslah berhati2 dalam bab aurat ini. Tutuplah auratmu supaya terhindar dari fitnah.

Mata adalah salah satu dari tujuh anggota yang mesti dijaga.

Apa yang membimbangkan adalah pandangan mata yang menyebabkan terjadinya cinta syahwat. Sepertimana cerita Laila Majnun (Majnun Laila = Gila Laila). Yang mana cinta yang berdasarkan syahwat semata sehingga si lelaki yang bernama Qaisy menjadi gila kerana terlalu cintakan Laila.

Allah memang memberikan rasa cinta dalam setiap hati manusia, tapi bagaimana kita mengawal perasaan cinta tersebut? Kerana terlalu cinta sesama manusia kita terlupa kepada cinta yang sebenarnya terhadap Allah s.w.t. dan tidak mengharap cinta dari Allah. Tidak akan tumbuh perasaan kecintaan kepada Allah, melainkan melalui jalan makrifah (mengenal).. tak kenal maka tak cinta. Kita dapat mengenal Allah melalui ayat2Nya (al-quran), daripada Nama2 Allah, daripada rahmanNya dsb yang akan membuahkan rasa cinta dan rindu kepada Allah s.w.t.

Allah lahirkan rasa cinta pada hambanya agar kita dapat membina rasa cinta pula kepada Allah. Cinta pada Allah tak sama dengan cinta pada manusia. Bila kita mentakzimkan Allah maka akan lahirlah pengagungan terhadap Allah.

Ubahlah diri kita.. tundukkanlah pandangan agar dapat memelihara mata kita dari melihat perkara2 yang haram.

2. Mendengar muzik dan Nyanyian.

Muzik dan nyanyian adalah agenda yahudi untuk melemahkan generasi muda Islam. Muzik yang masuk ke dalam telinga kita akan pula masuk ke dalam hati kita seterusnya merosakkan jiwa kita. Ketahuilah.. inilah perangkap yang dipasang oleh yahudi. Kita selalu rasa hebat dengan superhero2 yang dicipta oleh yahudi hingga kita terlupa betapa hebatnya Sallahuddin Al-Ayubi.
*** (SHALAHUDDIN Yusuf bin Najmuddin Ayyub dilahirkan di Takrit Iraq pada tahun 532 Hijrah /1138 Masihi dan wafat pada tahun 589 H/1193 M di Damsyik. Beliau adalah pengasas Daulat Al-Ayyubiyah dan bergelar Sultan Shalahuddin. Seorang pahlawan Islam yang paling gagah berani dalam perang Salib dan berhasil merebut kembali Baitul Maqdis dari tangan kaum Salib Kristian)***

Muzik itu melalaikan.. jadi jadikanlah bulan Ramadhan ini bulan muhasabah diri, berilah perlindungan untuk anak2 (Ya Allah.. lembutkanlah hati anak2ku untuk menerima teguran kami ibu bapa mereka..). Nasihat kepada anak2 mestilah dilakukan secara berterusan dan tidak jemu2 kerana kita bimbang di zaman sekarang ini, anak2 akan semakin hanyut dalam arus permodenan yang tak lagi peduli tentang haram dan halal. Kemungkaran mestilah ditegah sebab apa yang anak2 dengar (nasihat dari ibubapa) akan sebati dalam hati dan tubuh badan mereka akan mencetak apa yang mereka dengar itu.

Diceritakan: Suatu hari Sy. Ali berada di Kaabah dengan anaknya Hassan dan Hussin. Baginda telah terdengar suara orang bermunajat (berbisik2) mengadu kepada Allah. Lalu sy. Ali menyuruh Hassan dan Hussin mencari dari mana datangnya suara tersebut. Rupanya suara tersebut datangnya dari seorang lelaki yang lumpuh. Lalu Sy. Ali pun bertanyalah kepada lelaki tersebut apa yang telah berlaku, lelaki itu menceritakan, dahulunya dia seorang penyanyi yang hebat dan gemar melakukan maksiat. Sedangkan ayahnya tak pernah jemu memberi nasihat tetapi dia sangat bosan mendengarnya. Sehingga satu hari dia telah memukul ayahnya. Kemudian ayahnya telah pergi menunaikan haji dan berdoa di sisi Kaabah agar kemurkaan Allah diturunkan kepada anaknya. Demi ayahnya berdoa, lelaki tersebut telah menjadi lumpuh. Kemudian dia rasa menyesal dan berhenti dari melakukan maksiat. Dia menyesal dan memohon keampunan daripada ayahnya. Ayahnya memaafkan dia dan berjanji akan mendoakan keampunan untuk dirinya. Dalam perjalanan menuju ke Makkah, ayahnya telah meninggal dunia, tanpa sempat berdoa untuknya. Setelah mendengar cerita tersebut, Sy. Ali pun bertanya adakah ayahnya telah meredhainya, jawab lelaki tersebut memang ayahnya telahpun meredhainya. Sy Ali pun solat sunat 2 rakaat dan berdoa kepada Allah. Jika memang ayahnya redha maka Allah pun akan meredhainya.. Allah telah menyembuhkan semula pemuda tersebut.

*** Di sini ada dua peringatan untuk ibubapa:
a. Apabila anak2 membuat kesalahan… segera sejukkan hati, cepat2 maafkan sebab bila ibubapa marah, maka Allah pun akan marah.
b. Jangan beri galakkan kepada anak2 yang kononnya ingin menjadi penyanyi dsb… tak perlulah cemburu melihat orang yang berjaya dalam bidang maksiat..

3. Mengumpat dan mengadu domba

Mulutlah(lidah) yang perlu dijaga agar menjauhi diri dari mengumpat dan mengadu domba.

Sesiapa yang menjaga mulutnya dan kemaluannya, dijamin akan masuk syurga kata nabi Muhammad s.a.w.

Orang yang bercakap benda yang tidak betul maka syaitanlah yang berbicara dan orang yang berdiam diri dari berkata yang benar maka itulah syaitan yang bisu. Banyak cakap akan banyak salah, banyak salah, banyaklah dosa, banyak dosa maka nerakalah tempatnya.. nauzubillah. Perkataan yang baik adalah mengajak diri sendiri dan orang lain untuk melakukan kebaikan. Tidak akan lurus bicara seorang yang beriman melainkan lurus hatinya.

Imam Al Ghazali bertanya kepada muridnya.. yang kemudiannya diberikan jawapan oleh Imam Al Ghazali:
Yang paling dekat … mati
Yang paling jauh .. masa yang telah berlalu – terlepas seminit dalam melakukan kebaikan sangatlah rugi – sebab itulah yang sgt diperlukan di akhirat kelak.
Yang paling besar … hawa nafsu
Yang paling berat … amanah
Yang paling ringan … meninggal solat
Yang paling tajam … lidah manusia sebab boleh melukakan hati saudara2nya.

Bila mendengar yang buruk2 tentang orang lain dari sesorang berhati2lah sebab esok dia akan menceritakan keburukan engkau pula kepada orang lain.

Nasihat ustaz, sempurnakanlah puasa dengan tertib, bukan setakat menahan lapar dan dahaga jauhkan diri dari memandang maksiat, mendengar muzik yg melalaikan dan mengumpat serta mengadu domba. 10 Ramadhan yang kedua.. tingkatkan lagi amalan, lakukan pecutan untuk meraih pahala dari Allah. Sentiasa bermuhasabah diri untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan.

Segala yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk dari kesilapan2ku sendiri. Terima kasih untuk Ustaz yang memberikan ilmu, mudah2an kita semua akan menjadi insan yang lebih baik dari masa ke semasa. Amin…..

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s