Tazkirah Ramadhan (6 Ramadhan 1431 bersamaan 15/08/2010)

Alhamdulillah hari ini, kita dah 5 hari berpuasa dan malam ini masuk malam ke6 Ramadhan 1431. Tazkirah selepas solat Tarawih tadi telah disampaikan oleh Ustaz Arif Salleh. Inilah yang dapat aku catatkan untuk pengetahuan diriku dan sesiapa sahaja yang membacanya. Mudah2an coretan aku yang tak seadanya ini dapat menambah lagi sedikit pengetahuan.. InsyaAllah.

Diceritakan, semasa Nabi Muhammad naik ke mimbar masjid untuk menyampaikan khutbah, di anak tangga pertama, baginda mengucapkan “amin”, di anak tangga kedua juga diucapkan “amin” seterusnya di anak tangga ketigapun diucapkan “amin” juga.

Apabila sampai di atas mimbar, nabi melihat wajah para sahabat yang tertanya2, kerana biasanya perkataan “amin” hanyalah dibaca ketika berdoa. Baginda pun menjelaskan bahawa, sedang baginda naik ke atas mimbar tersebut Malaikat Jibrail telah turun dan sahabat2 tidak dapat melihatnya. Ketika turun tersebut, Malaikat Jibrail berdoa sebanyak 3 doa, yang mana telah diaminkan oleh Nabi Muhammad sebanyak 3 kali tersebut:

Hadisnya : Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (r.a) katanya:

Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu baginda menaiki anak tangga mimbar, kemudian baginda berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, baginda berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, baginda berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.

Lalu baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (a.s) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.

Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)

MasyaAllah, jelaslah doa tersebut sangat makbul kerana didoakan oleh penghulu malaikat dan diaminkan pula oleh penghulu bumi.

Perkataan hancur/celaka dalam doa tersebut bermaksud hilang keberkatan hidup dan tidak ada rahmat ke atas dirinya.

Untuk doa yang pertama, Ramadhan tidak memberi apa2 kesan pun terhadap dirinya. Ianya serupa sahaja sebelum dan selepasnya. Dia tidak mengambil pengajaran, tidak memahami dan tidak memberi apa2 kesan terhadap dirinya baik semasa bulan Ramadhan ataupun di luar bulan Ramadhan.

Ramadhan yang sedang kita lalui ini adalah Madrasah Ramadhan umpama Institut Pendidikan Transformatif yang dijadikan landasan kepada perubahan dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lebih baik. Inilah masanya untuk merubah manusia ini dari watak/akhlak yang mazmumah(buruk) kepada akhlak mahmudah (baik). Ramadhan yang datang sebulan dalam setahun ini, bukan hanya untuk dihayati selama 29 atau 30 hari sahaja, tetapi sebagai masa untuk menyedar dan membongkar diri kepada perubahan dari buruk kepada baik.

Untuk yang pernah melakukan kesilapan, kembalilah taat kepada Allah. Dan untuk yang sedia taat kepada Allah, inilah masanya untuk meningkatkan lagi ketaatan. Ramadhan adalah masa untuk mencari titik kelemahan dalam diri kita untuk diperbaiki, mencari titik kekuatan untuk meningkatkan lagi kualiti ketaatan terhadap Allah s.w.t. Ada yang menganggap, bulan Ramadhan adalah bulan penyeksaan kerana terpaksa berpuasa, ada yang menganggap bulan pembersihan dosa di mana persepsi2 tersebut adalah salah.

Allah s.w.t. menjelaskan dalam firmannya,: “”Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam” (Surah Ali Imran : 102). Beriman belum tentu lagi seseorang itu bertakwa. Sifat takwa itulah yang hendak dibentuk ketika bulan Ramadhan ini, sebab apabila seorang itu menjalani ibadah puasa dengan sebenar2nya, akan ujud sifat takwa dalam dirinya.

Ibadah puasa yang dilaksanakan dengan penuh ketaatan akan mewujudkan sifat takwa. Dengan adanya ketakwaan seseorang itu akan berhati2 di dalam menjalani kehidupan agar tidak terjerumus ke dalam perkara2 maksiat. Kegerunan untuk melakukan dosa kerana khuatir, ketika melakukan dosa, datang kematian sebab kematian akan tiba bila2 masa sahaja yang tidak diketahui…

Allah menjelaskan, orang yang paling mulia adalah orang yang bertakwa. Takwalah yang membezakan di antara seorang mukmin dengan mukmin yang lain. Takwa adalah kualiti yang terdapat dalam jasad manusia. Melakukan ibadah puasa dan ditambah dengan ibadah2 wajib dan sunat yang lain akan meningkatkan darjat di sisi Allah s.w.t.

Menurut Syaidina Ali, hati ibarat satu bekas yang Allah cipta untuk diisi dengan magrifah Allah. Ada tiga jenis hati:
(1) Hati paling lembut
(2) Hati paling suci
(3) Hati paling keras

Hati paling lembut – berlemah lembut sesama makhluk Allah
Hati paling suci – suci daripada syirik, tauhid kepada Allah dengan keyakinan yang sepenuhnya.
Hati paling keras – hati yang paling tegas dalam mempertahan syariat Allah. Tidak ada kompromo untuk dosa dan maksiat.. itulah hati yang terbaik.

Takwa itu tempatnya dalam hati..

Puasa bukanlah sekadar pengosongkan perut kemudian berbuka. Puasa dan ibadah2 lain akan mendidik hati manusia supaya akan menjadi tempat duduknya sifat takwa. Jika hati kotor, masih ada sifat dendam, suka bergaduh, khianat, maknanya puasa itu tak mendatangkan kesan ke atas dirinya kecuali lapar semata. Orang yang bertakwa, Ramadhan adalah masanya untuk peningkatan lagi ketakwaannya. Inilah masanya proses tarbiah, proses kehidupan berlaku. Tinggalkanlah semua perkara2 buruk..

Antara ciri2 puasa bagi orang yang bertakwa ialah apabila berbuka, ia merasa gerun andai puasanya tidak diterima Allah lalu ia meningkatkan ibadahnya. Ia bermuhasabah diri sendiri (menilai/melihat dirinya sendiri), menyuburkan ketakwaan dan memperbaiki kesalahan diri.

Tanda2 matinya hati:
1. Kenal Allah tetapi tidak melaksanakan perintah Allah.
2. Kenal sunnah nabi tetapi tidak mengikut sunnahnya.
3. Kenal Al-quran tetapi tidak mengikuti panduan di dalamnya.
4. Mahukan syurga tetapi tidak berusaha untuk mencapainya.
5. Tidak mahukan neraka tetapi tetap melakukan maksiat.
6. Kenal iblis itu jahat tetapi tetap mengikut hasutannya.

Untuk doa yang kedua, apabila mendengar nama Nabi Muhammad, hendaklah disahut dengan “Allahumma Salliala Saidina Muhammad”

Untuk doa yang ketiga, jelaslah ditujukan kepada anak yang tidak berbakti kepada orang tuanya semasa orang tuanya masih hidup. Maka akan hilanglah keberkatan dalam hidupnya.

Mudah2an kita semua tidak terjerumus dengan apa yang didoakan oleh Malaikat Jibrail yang telah diaminkan oleh Nabi Muhammad tersebut. Semoga Allah menyuburkan lagi iman dan ketakwaan kita semua. Mohon maaf jika terdapat kesalahan dalam tulisanku ini.

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s