Pesanan Untuk Orang Berdosa (11/08/2010)

Alhamdulillah, dapat kita bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini sekali lagi. Tazkirah disampaikan oleh Ust. Nizamuddin selesai solat sunat tarawih, 1 Ramadhan 1431.

Sebelum itu ada dua teguran yang disampaikan oleh ustaz mengenai solat tarawih:
(1) Membetulkan kembali saf
(2) Memandangkan ramainya jemaah yang hadir gunakanlah ruang yang secukupnya sahaja untuk diri kita supaya jemaah lain dapat kesempatan untuk solat juga

Ramadhan adalah satu bulan yang Allah berikan kesempatan untuk orang2 berdosa seperti kita semua untuk memperoleh rahmat Allah. Ia adalah bulan yang terdapatnya tawaran istimewa – maghfirah dan keampunan. Jadi jangan lepaskan peluang yang disediakan di bulan mulia ini. Rebutlah peluang tersebut sebaik2nya..

Tajuk kecil ke 5, bab Penyakit Rohani:

(5) Mengutamakan Dunia Daripada Akhirat

Orang yang mengutamakan dunia, hatinya berpenyakit dan jauhlah dirinya dari hidayah Allah.
Adakah kita mesti berpaling dari dunia? Jawapannya tentulah tidak. Dunia adalah jambatan untuk menuju akhirat. Kehidupan di dunia ini tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja, jadi lakukanlah sesuatu untuk mendapatkan hasil yang akan dibawa pulang ke akhirat nanti.

Jangan tinggalkan dunia, Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud,
“Diantara/sebahagian sebab kebahagiaan anak Adam adalah:
(1) Isteri yang solehah
(2) Rumah yang baik/rumah yang luas
(3) Tunggangan/kenderaan yang baik”
Perkara2 tersbt di atas menjadi saadah kepada manusia spt kita.

Dunia boleh jadi ujian Allah untuk kita, malah boleh pula terjadinya fitnah dunia.

Jadilah kita menjadi orang yang mengurus dunia ini dengan iman, kesolehan, akhlak2 mulia yang ditunjukkan oleh Allah dan diajarkan oleh Rasulullah.

Manusia yang bijak akan mendapatkan sesuatu di dunia ini agar berpanjangan hingga ke hari akhirat.

Bagaimana cara menguruskan dunia? Jawapannya tentulah bersama2 Allah dan Rasulnya. Apa yang telah diamanahkan oleh Allah kepada kita sebagai hambaNya hendaklah dilaksanakan dengan sebaik2nya (tanggungjawab sebagai muslim).

Kehidupan seorang manusia itu sentiasa dalam perhatian Allah dan dalam pertolongan Allah. Teruskanlah dan carilah kehidupan di dunia tetapi mestilah berbentengkan dengan takwa, takutlah akan Allah dan melakukan apa yang sudah ditetapkan olehNya dan menjauhi laranganNya. Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan Rasulullah bersabda, “Jadilah kamu di dunia ini seperti orang asing/orang yang mengembara”… maksudnya, kita bukanlah warga dunia ini, malah satu saat kita akan kembali kepadaNya.
Bila waktu petang, jangan tunggu pagi
bila pagi jangan tunggu petang
ambil peluang waktu sihat sebelum sakit
ambil peluang waktu hidup sebelum mati

Ramadhan yang datang sebulan dalan setahun ini, gunakan/rebutlah sebaik2nya. Setiap detik sangat bernilai dan berharga, detik yang berlalu takkan berulang lagi. Inilah masanya untuk kita semua merebut peluang yang Allah berikan, cari dan kumpulkan sebanyak mungkin bekalan yang akan dibawa ke akhirat kelak. Orang yang tak membawa bekalan (amalan) samalah seperti orang yang belayar di lautan tanpa bahtera. Segala amal kebaikan yang dibawa kita serahkan kepada Allah dengan rahmatnya akan ditukarkan kepada pahala dan modal menuju ke syurgaNya.

Tambahkan nikmat dunia dengan:
(1) Syukur kepada Allah atas apapun rahmatnya
(2) Redha kepada Allah atas segala qada’ dan qadarNya
(3) Sabar
(4) Konaan/berpada – zuhud
(5) Zikrullah
(6) Ingat kepada perkara2 akhirat

Cara merawat hati adalah dengan bermujahadah – sifat mulia dalam hati

Kita tak seharusnya bimbang bila bekalan di dunia ini kehabisan sebab kita masih boleh mencarinya, tapi bimbanglah bila tak ada bekalan yang boleh dibawa ke akhirat sebab kita tidak akan dapat berpatah balik untuk mencarinya. Bila terpaut pada dunia secara melampau, maka terjauhlah kita dari Allah.

Tajuk kecil ke 6:

(6) Berlebihan menceburi masalah duniawi

Dalam surah Al Mukminun, Ayat 1 – 4, maksudnya,: “Sesungguhnya beruntunglah orang2 yang beriman, (iaitu) orang2 yang khusyuk dalam solatnya, dan orang2 yang menjauhkan diri dari (perbukatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang2 yang menunaikan zakat”
Kita mestilah bergantung penuh kepada Allah.
Dalam hal berbelanja pula janganlah terlalu bakhil dan janganlah pula berlebih2. (sederhana)

Imam Assauri berkata, zuhudlah orang yang diberi kuasa sehingga dia bermusuhan untuk kekal dalam kuasanya. Janganlah kita merasa sangat gembira bertambah dan tak merasa sedih bila berkurangan.

Usir keluar sifat2 buruk dalam hati kita, bacalah Al-Quran sebanyak boleh. Ramadhan adalah bulan Quran – jenguk dan bacalah ia.

Tambahkan kebaikan dalam diri dan ajaklah anak2 kita sekali dalam mencari redha Allah.

*** 1 Ramadhan 1417, Ustaz telah kehilangan ayahandanya .. Alfatehah untuk Allahyarham Haji Omar Jani Ad-Dimaqi.. Alfatehah.
2 Ramadhan, hari lahir Ustaz Nizamuddin bin Omar, selamat ulang tahun kelahiran Ustaz, semoga dipanjangkan usia dan dirahmati Allah dan dapat terus memberikan ilmu kepada kami semua.

Mohon maaf atas segala kesilapan, Selamat Menjalani Ibadah Puasa… kejar dan rebutlah peluang Ramadhan ini sebaik2nya InsyaAllah.

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Pesanan Untuk Orang Berdosa (11/08/2010)

  1. abuhabeeb says:

    terima kasih atas posting2 yg mudah2an bermanfaat utk kita semua.
    terima kasih juga atas do’a untuk al-marhum ayahanda saya & do’a atas ulang tahun hari lahir saya.
    alhamdulillah juga pada 20 Ramadhan lalu adalah ulang tahun hari pernikahan saya (30 ogos) yang ke 20🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s