Pesanan Untuk Orang Berdosa (04/08/2010)

Alhamdulillah, hari ini dapatlah sekali lagi aku menimba ilmu yang disampaikan oleh Ust. Nizamuddin bin Omar.. walaupun aku tak berapa nak sihat hari ni… Oh ye.. pagi tadi ada kematian kat taman kami ni, ibu kepada kariah seri alam.. mudah2an rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatehah.

Hari ini ust. menyambung pembicaraan untuk tajuk Penyebab Penyakit Rohani yang ke 3. Kelalaian – sambungan dari m/s 202.

Diceritakan bahawa Abdullah bin Al-Mubarak berkata: “Aku mencintai orang2 soleh meskipun aku tidak termasuk di antara mereka, dan aku membenci orang yang derhaka meskipun aku orang yang paling derhaka di antara mereka.”, Subhanallah, tawaduknya beliau. Sedangkan Abdullah bin Al-Mubarak adalah seorang tabiin. Beliau dilahirkan pada tahun 118H dan meninggal dunia pada tahun 181H. Bapanya adalah orang susah bagaimanapun sangat soleh, ust. menceritakan yang bapanya seorang yang sangat jujur kepada tuannya yang akhirnya dikahwinkan dengan anak tuannya yang kaya. Kesolehan dan kesenangan Abdullah bin Al-Mubarak ini dipanjangkan dari kesolehan orang tuanya… apabila kesolehan itu dipelihara maka orang2 di sekeliling orang soleh tersebut akan mendapat rahmat, begitulah yang berlaku kepada Abdullah bin Al-Mubarak ini.

Menceritakan tentang ketawadukkan Abdullah bin Al-Mubarak, diceritakan oleh muridnya bahawa amalan seharian Abdullah ini sama saja seperti mereka, tetapi muridnya hairan kenapa beliau lebih unggul. Jawapannya kerana beliau sangat takutkan Allah sehingga Allah mengangkat darjatnya. Perasaan takut akan Allah, akan meningkatkan kedudukan (maqam) di sisi Allah. Kerana daripada takut akan Allah itu, seorang beriman akan menjadi taat, zuhud dsb. Dua perkara penting dalam kehidupan ialah mencari ilmu dan mengamalkannya. Perkara yang ditakuti oleh orang beriman adalah kehilangan nikmat agama dan nikmat iman sehingga dia terhijab dari Allah.

Beliau juga seorang yang dermawan dimana beliau telah membawa penduduk2 Khurasan berangkat menunaikan haji dan menanggung segala perbelanjaan menggunakan wangnya sendiri, tanpa keketahui sedikitpun oleh penduduk Khurasan tersebut. Di sini bukanlah kekayaan yang ingin ditonjolkan tetapi sifat ikhlas dan dermawannya.

Pada musim haji yang berikutnya, ketika membawa rombongan penduduk Khurasan berangkat haji, tatkala sampai di Khufah, beliau melihat seorang wanita tua yang mengutip bangkai burung gagak yang kemudiannya diketahui, bangkai tersebut hendak dijadikan makanan untuk keluarganya. Ibnu Al-Mubarak menitiskan airmata apabila mengetahui perkara tersebut. Beliau mengarahkan semua bekalan yang mereka bawa untuk menunaikan haji itu kepada penduduk kampung tersebut. Semua ahli rombongan Khurasan mematuhi arahan Ibnu Al-Mubarak. “Aku menitipkan kamu kepada Allah dalam perjalanan haji tahun ini.” kata2nya kepada ahli2 rombongannya. Mereka pun kembali ke Khurasan semula tanpa menunaikan haji.. Pada malam itu, ketika Ibnu Al-Mubarak tidur, dia bermimpi ada org yang berkata: “Haji yang mabrur, Sa’i yang disyukuri, dan dosa yang diampuni.” Allah meredainya dan meredai orang2 yang tulus dan ikhlas.

Contoh2 di atas adalah untuk menunjukkan bagaimana mencapai redha Allah dan memberi semangat kepada kita semua untuk sama2 mentaati Allah. Kelalaian pula akan menghalang hati lalu berpaling dari mentaatiNya.

Atha’ bin Abu Rabah, seorang tabiin berbangsa Habsyi, Mufti Masjidil Haram di zamannya, berkata: “Majlis zikir itu menghapus tujuh puluh dosa senda gurau”. Majlis ilmu termasuklah juga dalam majlis zikir, dalam seharian kita melakukan mungkin lebih dari 70 perkara lagha.. fikir2kanlah.

4. Penyebab Penyakit Rohani ke 4 – Berpaling Dari Agama Allah.

Orang yang tidak mahu menuntut ilmu, tidak mahu memperdalam agamanya dan tidak mengetahui sunnah Rasulullah. Ramai orang yang kita temui tahu banyak perkara, tetapi tidak tahu rahsia solat dan hikmah yang tersimpan di sebaliknya…
*** Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri “Kenapa Perlu Solat” – apa jawapan kita??? Pada diri aku sendiri, solat adalah kewajipan aku sebagai sorang hamba kepada Allah yang menciptaku dan memberi kehidupan kepadaku. Sebagai tanda ketaatanku sebagai seorang muslim. Yang ini aku petik dari Alkiram.net (syukran) Solat adalah penghubung antara hamba dengan penciptaNya. Sebagai doa yang merujuk kepada mentaati dan mendampingi Allah. Secara umumnya dimulai dengan takbirratul ilhram dan di akhiri dengan salam setelah mencukupi 13 rukun solat… Apa rukun-rukunnya? Saat solat itulah, seorang hamba akan menjadi dekat dengan penciptaNya. Dengan solat, kita boleh mengadu kepada Allah, seperti seorang anak yang mengadu kepada ibunya. Tapi kasih sayang Allah lebih luas, lebih besar melebihi kasih ibu yang menjadi matlamat hidup dunia dan akhirat serta pengharapan****.. (ada link yang aku copy paste dalam link aku)..

Sabda Rasulullah “Perumpamaan hidayah dan ilmu yang dengannya aku diutus, seperti hujan yang mengguyur (menyiram) bumi. (1)Ada tanah subur yang menerima hujan tersebut hingga menumbukan rerumputan dan tanaman yang banyak. (2) Ada juga tanah yang hanya dapat menahan air dan bermanfaat bagi manusia sehingga mereka dapat minum dan bercucuk tanam (3) Ada juga tanah tandus yang tidak dapat menahan air dan tidak menumbuhkan tanaman. Maka yang demikian itu adalah perumpamaan orang yang mengambil manfaat dari ilmu dan hidayah yang dengannya Allah mengutusku, sehingga dia mengetahui dan mengajarkannya. Dan perumpamaan orang yang tidak memperhatikan dan tidak menerima hidayah yang denganya Allah mengutusku.” (HR Bukhari dan Muslim).

dalam hadis ini Rasulullah membahagikan manusia kepada 3 golongan:
(1) Belajar dan mengajar orang lain – kedudukannya setinggat di bawah nabi dan rasul.
(2) Belajar dan memperdalam agama sendiri – x mampu nak mengajar. Ia seperti taman yang kaya dengan tumbuhan, sungai yang mengalir, lembah yang baik yang berisi air sehingga orang dpt minum air darinya. Sebab dia berada di tempatnya dan hanya mengeluarkan kalimat yang baik. Jika kita mengunjunginya, kita akan mendapat satu kalimat, nasihat, hadiah atau benteng. Perilakunya sopan.
(3) Tidak memberi manfaat kepada sesiapa hatta kepada dirinya sendiri.

Kita berlindung kepada Allah agar dijadikan yang baik dan memandang kita dengan pandangan kebaikan. Rasullullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Orang yang dikendaki baik oleh Allah, pasti difahamkan tentang masalah agama.” (HR Bukhari dan Muslim)

Surah Thaha, ayat 124 – 126 yang bermaksud: “Barangsiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.” Dia berkata, “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?” Allah berfirman: “Demikianlah keadaanya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan seta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan dan ditinggalkan”

Orang yang sentiasa mencari harta dunia sehingga tiada keinginan terhadap agama Allah termasuklah juga dalam orang yang berpaling dari agama Allah. Ust. ada juga menyebut, apabila Allah kehendaki tidak mustahil orang yang berada dalam kelalaian pada awalnya, bukan Islam dan seumpamanya boleh mendapat hidayah dari Allah sehingga menjadi orang alim yang menjadi contoh kepada orang lain. Mereka adalah orang yang kembali bertaubat dan tidak berpatah balik melakukan kemaksiatan. (Ada beberapa kisah yang diceritakan spt Abd. Rahman An-Nafis dll)

Ust. memberitahu: cabaran utama bagi orang mencari keredaan Allah ialah (1) Putus asa (2) Malas… sehingga susah untuk mendapatkan ilmu. Terkadang2 akupun termasuk dalam golongan yang kedua.. (ya Allah.. ampunilah aku).

Lagi satu, untuk mengatasi masalah sosial kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnya berpandukan Al-Quran dan Hadis Nabi.

Itu sahaja yang dapat aku catitkan dan dapat pula aku kongsikan kepada sesiapa sahaja yang membaca. Aku mohon maaf kalau tulisanku ini ada yang tersalah dan tersilap. Semoga Allah membuka pintu hati kita semua ke arah kebaikan dan menjadi yang lebih baik dari hari ke sehari.. amin.

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s