Pesanan Untuk Orang Berdosa (28/07/2010)

Syukur Alhamdulillah, semalam 28/07/2010 bersamaan 16 Syaaban 1431, dapat juga aku mengikuti kuliah Ust. Nizamuddin Omar sekali lagi, walaupun aku datang lambat.. huhu..

Semalam ust. mengupas pembicaraan masih lagi di bab 6 Penyakit Rohani, dan tajuk kecilnya Penyebab Penyakit Rohani, muka surat 199 – 202.

Penyakit rohani ini disebabkan oleh beberapa perkara:

1. Syirik (Mengekutukan Allah)

Firman Allah dalam surah Al-Furqan: 44 yang bermaksud, “Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.”

Syirik merosakkan hati dan kehidupan yang dijalani oleh orang2 yang syirik darjatnya samalah seperti binatang bahkan lebih rendah lagi kerana kehidupannya yang tanpa akidah dan iman. Orang yang syirik adalah orang yang meniru kehidupan orang2 musyrik iaitu menjalani cara hidup penghuni2 neraka. Bagi mereka dunia hanyalah kesedihan, kecemasan, takut dan kehancuran. Mereka kononnya beriman, sedangkan hidup mereka hanyalah berangan2 kosong dan terpedaya dengan hawa nafsu sahaja.

Syirik adalah sebuah kezaliman yang sangat besar (subhah), menjelang ajalnya Nabi Nuh berkata kepada anaknya, “Wahai anakku, jangan menyekutukan Allab. Sebab perumpamaan orang yang menyekutukan Allah seperti orang yang menghunus pedang kemudian mencincang tubuhnya kecil2.”

Paling tragis, orang yang syirik akan kekal dalam neraka jahannam.. nauzubillah himin zalik.

2. Sebab kedua penyakit rohani ialah Perbuatan Maksiat

Perbuatan maksiat (lawan kepada taat = derhaka). Golongan yang termasuk dalam kategori ini ialah, musyrik, kafir, munafik serta mukmin ‘aashin (mukmin yang derhaka) iaitu orang mukmin yang lebih banyak melakukan maksiat daripada taat. Mereka lebih rela mengikuti jalan2 syaitan

Bila hati telah diliputi oleh maksiat, hati tidak dapat melihat, mendengar dan berfikir. Kenapa hati dikatakan boleh melihat, mendengar dan berfikir? Bila hati kita hidup, ia boleh melihat, mendengar dan berfikir, tetapi hati yang mati, fungsinya hanyalah sebagai organ dalam tubuh manusia sahaja.

Hati yang telah diliputi oleh maksiat, dia tidak akan menyukai kebaikan, zikir, dakwah dan ilmu. Mereka tidak suka memperdalam agama. Tetapi orang yang semakin memperdalam agamanya (ilmunya) maka Allah akan menambah kebaikan dalam hatinya. Cabutlah kemaksiatan diri hingga ke akar umbinya… kerana selagi ada maksiat selama manapun penyakit rohani ini takkan sembuh. Orang munafik akan menghalalkan yang mungkar dan mengharamkan yang maaruf.

3. Penyebab yang ketiga ialah: Kelalaian (Ghaflah)

Kelalaian ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja walaupun kehidupannya dikelilingi oleh majlis ilmu, para ulama dan pendakwah. Ketika diberi peringatan samaada khutbah, zikir dan nasihat oleh ulama dan pendakwah, mereka tercengang, tetapi tingkah laku tetap tidak berubah. Inilah dikatakan lalai dalam mengingati Allah.

Contoh2 orang2 yang lalai:

(a) Mereka masuk ke masjid dan mendirikan solat dalam keadaan berat hati, malas, cemas, lesu dan sikap dingin terlihat jelas di wajahnya. Tujuan mereka hanyalah untuk menunjuk2 sahaja. Golongan ini disebut munafik, firman Allah dalam surah An-Nisa’: 142, “Sesungguhnya orang2 munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura2 beriman sedang mereka kafir pada batinnya).”

(b) Tidak ada kesungguhan dalam beribadah – Pada satu ketika orang bertanya kepada Syaidatina Aisyah: “Bagaimana Rasulullah s.a.w. bangun untuk melaksanakan solat malam?” Aisyah menjawab: “Jika mendengar azan, baginda melompat seperti singa.” (HR Ahmad, Nasa’i dan Ibnu Hibban). Seperti juga dalam firman Allah dalam surah Maryam, 12: yang bermaksud: “Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh2! Dan kami berikan kepada Himat kebijaksanaan semasa dia masih kanak2”.

Golongan yang tidak bersunguh2 ini termasuklah, ketika hendak mendirikan solat dia masuk masjid paling akhir, berdiri di barisan paling belakang, sekaligus orang pertama yang keluar dari masjid..

(c) Mengambil mudah dalam beribadah – orang ini akan bingung ketika imam memanjangkan bacaan dan menentangnya dengan berkata, “Hasbunallah Wa Ni’mal Wakil” (Agama itu mudah!), Rasulullah bersabda, “Hendaklah orang yang mengimami manusia memendekkan bacaannnya”, begitulah kata2nya. Mereka hafal pada hadis yang menerangkan keringanan tetapi tidak ambil peduli pada hadis yang yang menguatkan keimanan.

(d) Tidak suka pada majlis ilmu – merasakan ilmu yang diperolehi melalui media sama sahaja dengan majlis ilmu yang dihadiri. Sebenarnya tidak, orang yang hadir dalam majlis ilmu, majlis ilmu bukanlah sekadar majlis ilmu.. tetapi memperoleh pahala dan rahmat selagi berada dalam majlis tersebut.
Diceritakan: Sa’id bin Musayyab (Musayyib), seorang tabiin besar dan pintar yang lahir di zaman Khalifah Umar Al-Khattab, yang membesar pada pemerintahan 3 orang khalifah Islam, iaitu, Umar, Uthman dan Ali. Belialu berasal dari kaum Quraisy yang berada dan berkahwin dengan anak Abu Hurairah kerana mahu mengambil ilmu dari bapa mertuanya. Walaupun beliau mengajarkan ilmu, tetapi beliau tetap akan hadir pada majlis ilmu sekiranya tidak mengajar. Apabila ditanya kenapa beliau masih hadir di majlis ilmu sedangkan beliau seorang yang lebih pintar, beliau menjawab, “Allah menyelimuti majlis ini dengan rahmat, maka aku pun ingin diselimuti bersama mereka.”

Sekalipun dia seorang yang jahat, apabila berada dengan orang yang baik, maka Allah akan meredainya.. InsyaAllah.

Memetik kata2 dari Sufyan ats-Tsauri juga seorang tabiin yang sezaman dengan Sa’id bin Musayyab, dilahirkan di Kuffah dan berhijrah ke Basroh, apabila ditanya oleh seorang tukang jahit kepada seorang raja yang zalim, “Adakah aku termasuk dalam penyokong golongan orang yang zalim yang akan disentuh oleh api neraka?”, jawab Sufyan ats-Tsauri, “Tidak! Bahkan tergolong dalam golongan orang yang zalim.” MasyaAllah…

***** Ust. ada menerangkan persoalan tentang puasa selepas 15 Syaaban, apakah hukumnya haram?
Aku memang ada membaca dalam Kitab Fiqah Mazhab Syafie, Jilid 2 pada m/s 360 tentang persoalan ini..
Jawapan ust. ada 3 pandangan:
(1) Tak boleh (makruh) – Pendapat dari Iman Shafie – kerana lazimnya tidak berpuasa sebelumnya, dikhuatiri akan memudaratkan sehingga meninggalkan puasa yang wajib dalam bulan Ramadhan.
(2) Boleh – Pendapat Imam Maliki, Imam Hanafi dan Imam Hambali – harus berpuasa
(3) Haram – Pendapat mazhab Az-Zahiri
Jumhur Ulama berpegang kepada pandangan kedua.

TIDAK ADA sabda nabi yang menyatakan sunat bersolat dan berpuasa pada Nisfu Syaaban. Bahkan lafaz doa Nisfu Syaaban tidak boleh kerana ianya seperti mencabar Allah s.w.t.

Aku mohon maaf andainya aku tersilap kata dalam menyusun ayat2ku di atas, aku memohon kepada Allah semoga Allah membersihkan jiwa dan hati kita semua serta ditetapkan iman, bahkan dipertingkatkan lagi keimanan kita oleh Allah s.w.t… Amin..

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s