Pesanan Untuk Orang Berdosa (21/07/2010)

Alhamdulillah hari ini 21/07/2010 bersamaan 9 Syaaban 1431.. kuliah Ust. Nizamuddin diadakan seperti biasa.

Hari ini BAB 6 diteruskan lagi pada tajuk PENYAKIT ROHANI m/s 194 – 199.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-A’raf, ayat 179 bermaksud: ” Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang2 yang lalai.”

Allah s.w.t. membahagi penyakit rohani kepada 2:

1. Syubhat –

Penyakit kufar dan nifaq (kafir dan munafik). Seperti yang telah diberitahu dalam kuliah minggu lepas, munafik merupakan satu penyakit rohani, yang mana terapi untuk penderitanya tidak dapat diperolehi dari bantuan atau syafaat Nabi dan Rasul baginya, dengan kata lain dia akan kekal di dalam neraka jahannam kecuali dia kembali kepada Islam yang sebenar2nya. (Istiqabah)

Menurut penulis kitab ini Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni, penyakit ini boleh menular melalui cara percakapan. Mereka ingin mencabut Islam sehingga ke akar umbi, mencemuh al-Quran, mencela Rasulullah s.a.w., agama dan masjid.

Ust. ada menyebut tentang ‘khuwatir’ – iaitu perasaan yang datang dan masuk ke dalam hati manusia, ada 3:
(a) Ilham
(b) Was2 (Bisikan syaitan)
(c) Khawajis (runtutan nafsu)
Was2 dan Khawajis adalah 2 unsur yang negatif.
Perbezaan di antara nafsu dan syaitan:
Nafsu – keinginan yang terlalu sangat sehinggalah mendapatkannya
Syaitan – ajakan kepada melakukan dari satu kejahatan kepada kejahatan yang lain dan berterusan sehinggalah seseorang itu bermujahadah menentang godaan syaitan

2. Syahwat – menurut ulama, ianya bermaksud penyakit syahwat, penyakit zina dan suka kepada kejahatan (hubungan lelaki dan perempuan). Penyakit ini adalah penyakit suka akan perkara2 keji.

Seperti dalam ayat Al-Ahzab: 32, Allah memerintahkan wanita tidak berkata2 dengan lembut manja semasa bercakap dengan lelaki, sebab ini boleh membuatkan orang2 munafik akan berkeinginan buruk dan berbuat keji.

Banyak peristiwa yang terjadi dimana wanita menjadi bahan fitnah bahkan menjadi racun untuk merosakkan generasi Islam. Sepertimana pembunuhan yang berlaku kepada Khalifah Islam Sy. Ali Karamallahhuwajha, baginda dibunuh oleh seorang lelaki yang terpengaruh akan hasutan seorang perempuan.

Disebutkan juga, antara 7 golongan yang dilindungi arash Allah, satu daripadanya ialah, seorang lelaki yang diajak melakukan zina oleh seorang wanita tetapi dia menolaknya sambil berkata “Aku takut kepada Allah”

Tidak ada yang dapat melindungi kita daripada fitnah seperti di atas, selain keimanan kepada Allah.

Diceritakan beberapa peristiwa/cerita pada m/s195, 196, 197 & 198. Antara yang menarik daripada cerita tersebut ialah kisah Zubaidah, isteri Harun ar-Rasyid yang juga ibu kandung al-Amin. Zubaidah telah membuat saluran air yang terkenal dengan nama “Ainu Zubaidah” yang dapat dimanafaatkan oleh jemaah haji yang kehausan dan keletihan.

Kisah ini berkenaan ikhlas ataupun riya’ dalam melakukan sesuatu. Maka berbahagialah orang yang ikhlas dan menjauhi kemunafikan dan riya’, serta berada di jalan yang lurus.

Ibnu Taimiyah yang ditanya tentang ubat penyakit syahwat, beliau menyatakan ada 3 perkara:
(a) Menjauhi tempat2 yang meragukan (jangan dedahkan diri)
(b) Memperbanyakkan zikir
(c) Berdoa ketika sujud, maksud doa, “Wahai zat yang membolak-balikkan hati dan mata, tetapkanlah hatiku dalam agamaMU”

Aku tertarik pada kata2 puisi dari Jalaluddin ar Rumi
“Ketika kita mati
Jangan cari pusara di bumi
Tetapi carilah pusara kita
Di hati manusia”

Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t. InsyaAllah.

Ini sajalah yang dapat aku catitkan dalam kuliah tadi, aku mohon maaf andai tulisan aku ni ada yang tak betul..

Wallahualam.

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s