Pesanan Untuk Orang Berdosa (14/07/2010)

Alhamdulillah hari ini kuliah Ustaz Nizamuddin Omar diteruskan seperti biasa. Tajuk hari ini ialah Bab 6 PENYAKIT ROHANI muka surat 191 – 194.

Penyakit yang dideritai oleh hati (rohani) sangat berbahaya, membinasakan, menghancurkan dan akan mengheret pelakunya ke neraka.

Munafik merupakan satu penyakit rohani, yang mana terapi untuk penderitanya tidak dapat diperolehi dari bantuan atau syafaat Nabi dan Rasul baginya, dengan kata lain dia akan kekal di dalam neraka jahannam kecuali dia kembali kepada Islam yang sebenar2nya.

Orang munafik adalah orang yang menunjuk2 akan keislamannya dan menyembunyikan kekafirannya, sebab mereka adalah orang2 yang berdusta dan mendustakan kebenaran. Manusia boleh menjadi munafiq tidak kira dia seorang ulama, pemimpin, orang biasa, orang miskin mahupun orang kaya.

Tanda2 orang yang dijangkiti oleh penyakit munafik ini ialah:

1. Melalaikan solat berjemaah, kalaupun solat, dia mendirikannya dengan riak dan ingin dilihat orang
2. Longgar ingatannya terhadap Allah, lebih memberatkan tentang syahwat, makanan, mnuman, teman, kekasih dan rumahnya.
3. Menceritakan sesuatu yang bertentangan dengan hatinya. Kononnya memuji Islam, orang2 soleh, al-Quran dan zikir sedangkan di dalam hatinya membenci semua itu.

Contoh2nya:

1. Ibnu Taimiyah berkata kepada salah seorang ulama mantiq (logika) dari golongan munafik: “Bertaubatlah kepada Allah dan perbanyakkan zikir”,
dia menjawab, “Aku tidak dapat melakukannya.” Ibnu Taimiyah bertanya, “Apa yang engkau rasakan?”, dia menjawab “Aku merasa dalam dadaku ada kegelapan demi
kegelapan.”

2. Melahirkan kebencian terhadap setiap sesuatu yang berkaitan dengan Islam. Ketika bertemu dengan seorang ulama dia berkata, ” Ajarkan aku beberapa hikmah.”
Langsung ulama yang ditanya menyebut beberapa ayat al-quran, anehnya orang itu malah berkata, “Apa ini dari lembu betina kamu (surah Al-Baqarah)? Apakah
ini dari keluarga Imran kamu (surah Ali-Imran). Beritahu aku perkataan Socrates dan Aristoteles.”

3. Tidak mahu mengambil hukum yang terdapat dalam Al-Quran, malah memperlekehkannya.

4. Tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai rujukan yang dapat memutuskan permasalahan mereka.

5. Tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai shifa’ (penawar) bagi penyakit jasmani dan rohani mereka.

Khabar gembira bagi orang yang beriman ialah apabila dia membaca atau mendengar ayat2 Al-Quran, bertambahlah keimanannya, sementara bagi orang yang berpaling daripada Al-Quran, semakin bertambah pula kekafiran, kemunafikan dan laknat daripadaNya.

Sebagaimana firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 125: bermaksud, “Adapun orang2 yang ada penyakit (kufur) dalam hari mereka maka surah Al-Quran itu menambahkan kekotoran (kufur) kepada kekotoran (kufur) yang ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir.”

DOKTOR bagi penyakit rohani adalah para rasul, ulama yang ikhlas, dan pendakwah yang tulus.

Aku berdoa kepada Allah, semoga kita diriku dan semua muslimin dan muslimat dilindungi Allah dari penyakit kemunafikan ini.. Amin ya Rabbul Alamin.

Wallahualam.

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

One Response to Pesanan Untuk Orang Berdosa (14/07/2010)

  1. kamaludin says:

    salam. boleh beri saya no tel ust nizamuddin kepada saya(kamaludin) sms ke no 0197354122(timbalan pengerusi surau ibnu sina bandar putra kulai)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s