Pesanan Untuk Orang Berdosa (07/07/2010)

Alhamdulillah, kuliah Ust. Nizamuddin Omar diteruskan lagi minggu ini, setelah ditangguhkan pada minggu lepas.

Tajuk kecil ke 7: Kesan pengaruh dosa yang seterusnya ialah

7. Umur terbuang dengan sia-sia
Sama ada umur seseorang itu panjang ataupun pendek, ianya tidak akan bermakna sekiranya tidak dimanafaatkan dengan sewajarnya. Umur dinilai dari pengisian yang dilakukan samada melakukan kebaikan ataupun keburukan. Segala sesuatu akan dapat diganti, tetapi tidak dengan umur. Umur yang telah berlalu tidak kan pernah kembali dan terulang.

Firman Allah dalam surah Al Fathir, Ayat 37, yang bermaksud: “Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran.”

Dalam Kitab Shahih Bukhari disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: maksudnya: “Ada dua macam nikmat yang sering dilalaikan oleh banyak manusia iaitu nikmat kesihatan dan nikmat waktu. ” HR Bukhari.

Faktor terbesar yang menyia2kan usia adalah perbuatan maksiat.

Sebaik2 manusia adalah orang yang panjang umurnya dan baik pula amalannya, sementara itu seburuk2 manusia adalah yang panjang umurnya, buruk pula amalannya.

Umur mempunyai fasa2nya, fasa kanak2, fasa baligh, fasa remaja, fasa dewasa dan fasa tua. Di mana kita sekarang?? anak2 ada yang di fasa kanak2 dan remaja. Ibubapa pada fasa dewasa… di mana fasapun yang kita berada, manafaatkanlah segala nikmat usia yang Allah berikan dengan melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah s.w.t. Apa sekalipun yang kita lakukan, nawaitu kerana Allah.

Umur yang Allah beri adalah ruang, kesempatan dan peluang yang seharusnya jangan disia2kan. Tanya pada diri, “Adakah apa yang aku lakukan ini sesuatu yang berguna ataupun sebaliknya.

Menurut kajian, hanya 30% daripada usia seseorang itu adalah waktu efective. Sekiranya kita mencapai ke usia 60 tahun, hanya 20 tahun saja waktu yang efective.. Dan dalam 30% usia efective itu adakah diisi dengan tanggungjawab terhadap Allah ataupun tidak. Dan amalan2 itu samada diterima ataupun tidak.. masyaAllah. Kerana kelak di akhirat nanti, akan ada manusia yang bankrap akhirat. Puncanya, melakukan kebaikan dengan rasa ria’, takabbur, tidak bersyukur dan sebagainya.. Takutnya…

Menurut Sy. Uthman Bin Affan (Khalifah Islam ke3), ada 10 perkara dalam bentuk nikmat yang dibazirkan oleh manusia:

1. Orang alim yang tidak diminta akan ilmu daripadanya
2. Ilmu tetapi tidak dibuahkan dengan amalan (contoh dah belajar perkara yang baik tapi tak amalkan)
3. Pendapat yang benar tetapi tidak diterima
4. Senjata yang tidak digunakan (untuk berjihad demi mempertahankan Islam)
5. Masjid yang tidak diimarahkan
6. Al-qur’an yang tidak dibaca
7. Harta yang tidak diinfaqkan (sedekah/jariah/wakaf)
8. Kuda yang tidak ditunggang
9. Ilmu zuhud pada hati orang yang masih menyintai dunia (hati masih berkarat dengan perkara2 duniawi)
10. Umur yang panjang yang tidak digunakan untuk menambah bekalan akhirat.

Kesan pengaruh dosa yang terakhir:

8. Mendapat seksa di akhirat

Bukan sekadar seksaan di akhirat nanti, bahkan jika Allah mengkehendakinya, di dunia pun akan diseksa oleh Allah. Sakaratul maut itu adalah azab dari Allah.

Sebuah bait syair yang disenandungkan oleh orang soleh:
Jika raja melihat hambanya beruban dalam penghambaan
Dia pasti dibebaskan seperti orang2 yang merdeka
Sedangkan Engkau wahai Penciptaku
Lebih utama dari semuanya
Aku telah beruban dalam penghambaan
Maka bebaskanlah aku dari api nerakaMu

Sesungguhnya matlamat kehidupan seorang muslim adalah bebas dari api neraka, inilah kemenangan yang sebenar2nya.

Firman Allah dalam surah Ali Imran, Ayat 185, maksudnya: ” Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya”..

Aku berdoa padamu ya Allah, jadikan aku orang yang beriman dan kuatkanlah imanku, jadikanlah aku orang yang benci pada kekufuran dan maksiat.. sesungguhnya aku tidak layak masuk ke syurgaMu tapi aku tidak mahu akan nerakaMu.. ampunilah dosa2ku.. amin.

Wallahualam.

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s