Penawar Bagi Orang Yang Ditimpa Musibah

Alhamdulillah, semalam dapatlah aku menghadiri kuliah Ust. Mat Esa. Selalu aku sampai dekat pukul 8, tapi malam tadi aku datang tepat waktunya.. bukan apa, anak aku Ain Amiera gi camping kat sekolah, so tak gi tuisyen.. so aku tak la terkejar-kejar nak amek dia.

Smlm Ust Mat Esa mengulas bab ke 25, bhg C m/s 364 tentang anak kecil juga ditalqinkan dan kehidupan orang mati di dalam kubur. Talqin tu maksudnya, membimbing membca kalimah tauhid. Dilakukan sebelum kematian dan selepas kematian. Ungkapannya adalah “Lailahaillah”. Kenapa tidak diteruskan hingga “Muhammadur rasullullah”. Ust. menerangkan bahawa penghabisannya adalah menuju kepada Allah dan Nabi Muhammad adalah wasilah. Talqin itu dilakukan terhadap orang mati sebab orang mati tu mendengar apa yang orang hidup bacakan, hatta yang mati itu anak kecil yang belum baligh.

Kembalinya roh kepada jasad selepas kematian tidak sama prosesnya seperti kembalinya roh semasa kita tidur di dunia, kerana setiap alam mempunyai peraturan dan undang2 yang tersendiri. :

Roh itu memiliki 5 hal berkait dalam tubuh kasar:
1. Kaitan dengan tubuh kasar ketika dalam perut ibu
2. Ketika lahir di dunia
3. Ketika tidur
4. Ketika di alam barzakh
5. Ketika tubuh kasar dibangkitkan kembali (hari kebangkitan) – tidak boleh dibandingkan dengan fasa2 4 di atas

Ust. ada juga menyelitkan tentang memberi salam selepas solat, apa hukumnya? memang tak terdapat dalam nas atau sunnah tentang bersalam selepas solat, tetapi bersalam itu hukumnya sunat, maka tidak menyalahi.

Lagi satu, seseorang yang pernah berbohong maka hadis yang diriwayatkannya tidak akan diterima kecuali setelah dia bertaubat. Maksudnya tak ada kompromi untuk orang yang berbohong.

Wallahualam.

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s