Bertemu Kembali

Salam.. hari ini aku menulis lagi setelah beberapa bulan aku tak masuk dan tak meng update bloq aku yang terchenta ini. Sebab2nya adalah kerana kemalasan telah melanda jiwa aku yang sebelum ni agak rajin. Semalam aku miss lagi kuliah ust Nizam untuk ke sekian kalinya. Hati aku nak pergi sangat tapi anak aku yang bungsu tu demam la pulak. Kesian pulak nak tinggalkan dia. Sementara layan dia belajar sebab hari ini dia preksa, aku baca novel yang dimiliki oleh anak aku yang nombor dua. Novel remaja tapi banyak juga kebaikan yang terdapat dalam novel tu. Lepas tu dengan aku aku sekali tertido. Pukul 10.30 malm bila hubby aku balik dari surau baru terbangun. Pas tu sambung buat kerja office, gitu le kalau kerja ngan suami sendiri, tak de time yang khusus, kalau kerja tak siap dan perlu disubmit segera kul 1.00 pagi baru dapat tido.. haha.. Alhamdulillah kerja ngan En. Omar, kalau kemalasan saya melanda, dia akan menghabiskan kerja tersebut tanpa kemarahan.. walaupun mukanya masam sikit…. tak gitu en. omar??

Tadi aku baru aje membaca comment dari Ust. Nizam dalam blog aku ni, tak sangka ye, ust sempat juga baca blog aku yang tak seberapa ni. Thanks Ustaz, Tu yang saya bersemangat balik tu nak menulis. Dah lama tak buka belog sebab tu baru dapat baca hari ni.. hahaha.

Sebenarnya banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup aku akhir2 ni. Termasuklah dengan saudara mara dan jiran tetangga. Ada yang manis dan ada yang tak berapa nak manis sangat..

Peristiwa 1:

Sedara aku ni baik hati orangnya. Sayangnya hidupnya dilanda masalah akhir2 ini. Selepas anaknya berkahwin, dia merasa kehidupan dia agak kosong. Almaklumlah sebelum ini anak tu duduk sekali ngan dia, sekarang dah berbahagi masa ngan besan dia. Nak dijadikan cerita lagi, anak2 lelakinya suka melawan dia dan tak ada dah rasa hormat kat mak sendiri.. Diberatkan lagi, suaminya pula dah pandai main sms macam orang muda.. Lalu dia meminta nasihat dari aku. Mula-mula aku suruh dia bersabar dengan ujian ini dan banyak2 berdoa. Aku kata pada dia, aku menunggu hampir bebapa tahun barulah suami aku terbuka hatinya nak berjinak-jinak dengan surau.. Sebelum tu kehidupan kami banyak di shopping komplek daripada di masjid atau surau. Sehinggalah pada suatu hari thaipussam, ketika laungan azan berkumandang, aku dan suami aku membawa 2 orang anak kami (ketika itu baru 2) menyaksikan perarakan India yang sedang memecahkan kelapa di atas jalanraya. Air mata aku menitik ketika tu, dan aku berdoa pada Allah semoga Allah tunjukkan aku kembali ke jalan yang lurus… Alhamdulillah, setelah beberapa ketika, jalan itu terbuka di hadapan kami. Kami dapat laluinya bersama (bukan salah sorang jerk). Walaupun tak sehebat mana, tapi keinsafan itu telah hadir, dan aku sedaya upaya nak menyambutnya. Memang sesuatu yang susah, tapi tidaklah sesusah mana bila hati kita suka… Itu baru intro, pas tu aku sambung lagi, aku ajak dia gi surau, aku suruh dia banyak2 solat dan baca qur’an… TAPI apa jawapnya, dia tak larat nak duduk di surau lelama, hatinya dah tawar masa buat solat dan mengaji. Aku cakap tak leh la macam tu, tak baik putus asa. Allah sentiasa melihat dan mendengar. Allah maha memberi pertolongan.. Lepas tu aku sambung lagi, aku suruh dia pakai baju lawa2 setiap kali suaminya balik kerja, kalau tak percaya ngan suaminya, ikut jer la suami dia keluar. HAAA.. yang tu dia ikut, yang aku suruh mula2 tu dia tak nak ikut.. cam ner tu??? Adakah aku telah memberi nasihat yang salah???… Klimak daripada masalah tersebut, sedara aku tersebut telah mengalami sedikit kecelaruan fikiran. Masa tu agak kecoh juga, sehingga beberapa orang jiran dan saudara mara telah berkumpul untuk memberi sepatah dua kata. Aku tak mampu nak memberi walau sepatah kata pun, selain dari menyuruh dia tidur dan semoga selepas dia bangun dari tidurnya dia akan mengingati semula apa yang perlu diingati dan apa yang perlu dilupakan begitu sahaja.. Sampai sekarang ini pun aku masih tertanya2 sama ada aku perlu dlam memberi nasihat atau tidak, sebab aku khuatir nasihat aku tu jadi racun la pulak.. (Alhamdulillah sedara aku dah okey).

Peristiwa 2:

Bulan May besday aku ke 40++. Getting older but still young.. Haha.. Masih berpegang pada motto lama, mahu menjadi yang lebih baik, tak kiralah sebagai hamba, sebagai isteri, sebagai ibu, sebagai anak dan sebagai kawan. Mudah2an Allah perkenankan.

Peristiwa 3:

Anak-anak semua ada di rumah, sebab apip cuti sem. Yahoo.. seronoknya berkumpul sekeluarga. Gi mana2 semua anak-anak aku ada… Gitu la perasaan seorang ibu, seronok bila anak2 ada, karang bila dah ada cucu seronok ngan anak cucu. Begitulah juga ngan emak aku yang sekarang ini keseorangan di kampung. Hari minggu dia mesti tunggu kitaorang balek.. tu la ajak duduk sini tak nak. katanya seronok duduk umah sendiri. Semoga Allah berikan mak kesihatan dan baik, dikuatkan semangat dan dipanjangkan usia.. amin.

Apip pun dah bangun, so aku beransur dululah. Kejap lagi mesti dia akan ambil alih pc ni… Apapun moga apip, amiera & ain najwa jadi anak2 yang soleh dan solehah.. Semoga korang akan melihat jalan yang lurus itu dan membuka hati seluas2nya, bukan dengan paksaan tapi kerelaan sendiri.. Amin.

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

3 Responses to Bertemu Kembali

  1. zaiton says:

    assalamualaikum………. terharunya saya bila membaca blog awak ni….. memang berubah langsung awak dari masa kita di POLI dulu…

  2. zaiton says:

    alhamdulillah.. mudah2an hijrah bertambah baik lagi…. dan berterusan….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s