Tetamu yang mulia

Firman Allah:

ءَامَنَ الرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ ءَامَنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن

رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ. لاَ يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا

كْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا

وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَآ أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

“Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan begitu juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan para malaikatNya dan kitab-kitabNya dan para rasulNya. (Mereka berkata); “Kami tidak membezakan antara seorang rasul dengan yang lain dari kalangan para rasulNya”. Mereka berkata lagi; “Kami dengar dan kami taat, (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa); “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir (engkar).”
(Al-Baqarah: 285-286)

Alhamdulillah, hari ini kami sekeluarga menerima kunjungan Ust, Jamaluddin dari , Madrasah Darul Bayan, Trengganu. Dapatlah hubbyku bertentang mata dan menjamu selera dengan Ust yang hebat, lembut tutur katanya, masyaAllah. Sayangnya dek kesibukan melayan ust dan rakan-rakan yang lain, terlupa pulak nak snap gambar sekeping dua. Try nanti aku dapatkan gambar dari Studio Mukmin, En Jeff…

Malam tadi lepas maghrib, ustaz buat sedikit tazkirah di samping mengucapkan terima kasih kepada kariah Seri Alam yang mana telah membantu sedikit sebanyak untuk membantu Madrasah Darul Bayan dari segi moral mahupun material.

Dalam tazkirah tadi ust menyebutkan tentang solat. Adakah kita telah mencapai kepada tahap seronok untuk menunaikan solat, atau masih merasakan solat itu satu bebanan yang terpaksa dilakukan demi mendapatkan pahala. Apabila telah menngecapi kemanisan solat, maka solat dapat menyucikan diri kita secara spiritual. Tidak ada lagi perasaan untuk melakukan perkara keji dan mungkar, solat juga mempengaruhi anggota tubuh badan kita samada zahir ataupun batin. Contohnya lidah, kesan daripada solat yang sempurna maka lidah kita tidak lagi akan mengungkap kata-kata keji mahupun fitnah. Mata kita pula akan sentiasa menundukkan pandangan..

Adakah kesan2 daripada solat kita itu sudah dapat kita lihat?? Mungkin belum sampai pun 10 peratus.. MasyaAllah. Mudah2an kita semua termasuk di dalam golongan orang2 yang memakmurkan rumah Allah dimana ia adalah salah satu ciri orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Aku terkesan dengan ungkapan Ust supaya kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Aku juga teringin untuk melihat anak2 aku menjadi pemuda dan pemudi yang betul2 Islamic. Alangkah bagusnya ketiga2 anak aku tahfiz al qur’an.. mudah2an Allah akan bukakan pintu hati anak2 aku, kalau tak semua, seorang pun jadilah.. (tapi kalau anak2 baca blog ibu ni, jangan bimbang ibu tak akan paksa sesiapapun.. kalau korang nak pergi ke sekolah tahfiz dengan kerelaan hati korang sendiri, alhamdulillah).

Dah ngantuk dah ni.. esok nak balik kampung kejap nengok mak aku InsyaAllah..

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s