Tazkirah

Hari ini 12 RabiulAwal 1431 – Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Selepas solat subuh, d surau tempat aku ada tazkirah daripada Timb. Mufti Negeri Perak, Al Ustaz Tuan Haji Zamri bin Hashim.

Kita mestilah bersyukur sebab masih diberi kesempatan untuk membersihkan diri sebelum pergi ke surau, sebelum kita dimandikan untuk kali terakhir. kita masih diberi kesempatan untuk bersolat di belakang imam, sebab satu masa nanti, kita akan disolatkan di hadapan imam dengan 4 takbir. Kita mestilah bersyukur kerana masih diberi kesempatan memakai pakaian berwarna-warni, sebab satu masa nanti kita akan dipakaikan pakaian putih. Kita mestilah bersyukur sebab masih mampu pergi ke surau dengan berjalan kaki atau menaiki kenderaan, sebelum kita akan datang ke surau pada kali terakhirnya dengan diusung oleh orang lain.. Touching juga ayat2 Ustaz di atas.. Tambah beliau lagi, alangkah bahagianya di akhir kehidupan kita di dunia ini, anak-anaklah yang akan memandikan, menyolatkan dan mengusung kita. Tapi persoalannya adakah masa kita gi surau ini, anak yang kita tinggalkan di rumah tadi sudah bangkit solat subuh atau belum??? (Masa ni aku terbayang adakah anak aku Afif Alauddin sudah bangun dari tidurnya.. ya Allah hanya padaMu aku berserah).

Lagi yang aku ingat ialah sambutan maulidur rasul sekarang ini kebanyakkannya adalah sambutan risalah. Yang aku faham dari perkataan tersebut ialah, kita lebih mementingkan sambutan bukannya pengisian pengajaran yang disampaikan oleh rasulullah. Seolah-olah kita menyambut besday parti kot.. MasyaAllah, banyak perkara2 yang dalam tidak kita sedari kita telah terpesong dari landasan Islam itu sendiri.

Sama juga dengan Al-Qur’an, Al-Qur’an juga dijadikan risalah yang dicetak dengan cantik digantung di dinding tetapi kita hanya membaca, isi kandungannya kita tolak. Kita hanya mengambil yang menguntungkan kita sahaja, tetapi teguran2 Allah kita tolak ke tepi.. Mudah2an Islam akan bangkit sejajar dengan ajaran Al-Qur’an. Bila bercakap tentang hal seperti ini, ada sesetengah pihak akan mengaitkan dengan politik, tapi bila Al-Quran itu diturunkan, bukankah ianya sebagai manual dalam kehidupan kita. Sedangkan kita membeli kenderaan pun kita berpandukan kepada manual untuk menggunakannya, apatah lagi kehidupan ini. Bukankah Allah yang mencipta dan menghidupkan kita? Kenapa kita menolak manual (Al-Qur’an) yang telah Allah beri sebagai panduan hidup? Siapa kita untuk menolaknya? MasyaAllah..

Kita hendaklah sentiasa berdoa agar Allah memelihara dan mengekalkan stamina iman kita hingga ke akhir hayat. Semoga kematian kita adalah kematian yang khusnul khatimah. Sesungguhnya bila kita memohon hidayah, Allah akan beri jawapan melalui manual yang telah diberikan (Al-Qur’an). Semoga kita semua akan terus kekal di atas track hidayah.

Sebagai manusia biasa, maka aku mestilah muhasabah diri. Adakah aku nak statik macam biasa2 aje, ataupun berusaha menjadi lebih baik?? Bagaimana dengan anak2 aku (sebab selepas berdakwah pada diri sendiri, orang kedua adalah keluarga, ketiga masyarakat, seterusnya pemerintah), adakah anak2 aku akan jadi anak2 yang soleh dan solehah, setakat ni aku nampak anak2 aku lebih kepada duniawi (ya Allah.. sedihnya rasa hati aku.. tolonglah ya Allah, campakkanlah hidayah ke dalam hati anak2 aku). Aku sebagai ibu hanya mampu memberi peringatan dan memberi dorongan serta berdoa, tapi aku tak boleh memaksa mereka… Semoga Allah bukakan hati anak2 aku agar jadi orang yang beriman dan bertaqwa.. Amin.

Ya Allah, jadikanlah kami insan2 yang sentiasa diberi hidayah sehingga ke akhir hayat kami. InsyaAllah.

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s