Akhirnya

Akhirnya aku dapat juga menyudahkan pizza yang ditempah oleh amiera itu. Syukur.. walaupun semalam aku cuma dapat tidur selepas pukul 4 pagi, alhamdulillah aku dapat menyiapkan dan deliver pizza tu seperti yang telah dijanjikan. Siap hantar dia orang gi skolah, aku apa lagi menyambunglah tidur aku sampai jam 9.45 pagi.. hahaha.. bukan senang tau nak tengok aku tidor pagi2 buta, tapi apa nak buat aku ngantuk sangat.. lepas tu biasalah kena buat kerja umah, so bila hubby aku balik dalam kol 11.00 gitu, aku dah nak siap dah buat kerja umah, tapi dia faham le kenapa hari ni rumah agak bersepah masa dia balik tu.. Well, aku dapat menyiapkan hidangan makan tengahhari yang simple jerk hari ni, mee hoon soup. Okey ape kan??

Petang lepas zohor aku sambung tidor sampai asar… hahaha.. Lain kali aku tobat le tak nak buat kerja last minute, tu la pasal.. kalau semalam aku tak gi shopping2 dulu, tentu aku boleh start awal bikin pizza tu. Ni start pukul 6 ptg.. haaa kau terlajak la sampai pukul 4 pagi. Pizza ni proses membakarnya makan masa 20 ke 25 minit, lepas tu sekali masuk oven cuma 5 – 6 pcs aje. Nak cukupkan 100 pcs, banyak masa la nak diperuntukan.. (34 x 3 = 102 bahagi 5 = 21 kali masuk oven x 25 minit lebih kurang 525 minit = 8.75 jam).. Next time, please calculate ur time before doing something!!

*** pada aku kemenangan paling besar dalam hidup aku ialah apabila aku berjaya menguasai nafsu aku.. tadi aku rasa ngantuk sangat nak solat, cepat2 bangun amek wudhu’.. so aku dapat menguasai dan melawan nafsu tu.. tak ker itu dinamakan kemenangan dan lagi satu aku macam nak makan soup aje malam ni.. berjayakah aku menguasai nafsu untuk makan soup???? Yes!! aku berjaya melawan nafsu nak makan.. Alhamdulillah.

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s