Hello, how are you..

Sudah beberapa hari aku tidak mengupdate belog aku ini dek kerana kesibukan duniawi. (Amiera ni bising lah.. slow sikit aarr, terbantut dah idea aku. Dua tiga hari ini aku gi menolong cik su sebab anaknya nak kahwin this coming sunday.

Dalam pada tu pengambilan lepasan pmr untuk sbp & mrsm dah pun diumumkan, amiera blum ada rezeki lagi. Aku tengok dia pun macam x nak jer gi sekolah berasrama. Apapun aku sbg mak dia tak nak la memaksa dia kalaupun dia dapat asrama. Sebolehnya aku tak nak mengulang kesilapan beberapa tahun dulu (masa suruh apip masuk asrama). By the way, sekolah kat manapun, InsyaAllah akan berjaya sekiranya berusaha. Dalam pada tu, hubby aku selalu ingatkan, apapun yang berlaku, pasti ada hikmah yang tersembunyi daripada Allah s.w.t.

Hari sabtu minggu lepas aku balik bp, melawat ibu mertuaku. Kebetulan pulak abang sulung my hubby admitted sebab suspek sakit jantung. Alhamdulillah keadaannya tak la membimbangkan sangat.

Hari ini aku amek mak aku untuk dibawa ke rumah aku. (faham x). Pepagi tadi lps hantar bebudak tu gi school aku ajak kin teman amek mak. Mak aku siap sound tu, tak nak lelama kat umah aku, takut pokoknya kering, almaklumlah musim panas tu sekarang ni. Kin ajak sekali adik ipar yang terlatest sekali ikut. Maka berkerja keraslah kitaorang mengait rambutan, dapatlah seorang sebeg besar (termasuk amikkan cik su sekali). Berpeluh beb.. Pas tu dalam pkl 10.30 balik umah. Sampai jam 11.30, lebih kurang.

Petang lepas hantar wawa gi sekolah agama, hantar kakak gi tuisyen. Nenek nak ikut gi nursery pokok bunga. Nenek belilah dua pokok bunga dan beberapa barangan untuk pokok2nya yang ditinggalkan di rumah. (sebagai buah tangan kepada pokok2 yang ditinggalkan di rumah itu.. hahaha). Lepas tu aku ajak sekali la mak masuk kat dalam today’s market, apa lagi mak aku pun membeli belahlah dengan gembiranya. Hajat di hati cuma nak cari beg sahaja, sampai kat sana, dapat pulak benda lain.. huahaha. Aku pulak terpandang spasang baju yang agak cun juga la.. aku memang rasa nak grap baju tu, tapi ownernya x der, gi solat.

Kol 6 gi amek amiera (kakak), aku ajak la kakak gi cari baju yang aku dah bekenan tu. Sekali bukan aku yang dapat baju dulu daa.. dia dah grap dulu!!! Aku sbenarnya ajak2 ayam aje, pelawa dia baju baru….. Lps tu cari baju aku pulak. Baju yang cun tu memang ada juga kat situ, tapi size 42. Besar ar sikit kat bdan aku ni, tapi diaorang kata okey la tu.. lagi2 amiera. Jeles la tu sebab aku sekarang ni dah pakai size 40.. Aku rasa macam nak tukar aje.. tengoklah besok, kalau aku terlebih rajin aku nak tukar la baju tu..

Esok pagi maybe sekiranya aku rajin aku akan membikin 2 – 3 biji kek yang akan aku berikan kepada cik su.. InsyaAllah. Kalau aku telebih rajin, aku akan membuat juga puding roti untuk diberikan kepada cik su. Kalau aku terlebih malas pulak, aku tak buat apa2 lah. Gitu le cerita nya.

Oklah, abang kasim (opss kak mah) blah dulu no… Jumpa lagi..

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s