Pergi tak kembali

Malam tadi balik dari surau hubby aku beritahu ade jemaah meninggal dunia sejurus iqamah untuk solat maghrib. Subhannallah, beliau meninggal dunia pada malam Jumaat dan dalam keadaan berwudhu’..

Lewat malam sikit aku dapat sms dari Kin, pas tu dari kak Ani, memberitahu bahawa seorang sabahat/saudara kami meninggal dunia. Kak Mon meninggalkan alam ini pada jam 11.45 malam. Innalaillah..

Dua kematian berlaku di taman perumahan aku semalam. Malah rumah dimana jenazah ditempatkan tu berdepan.. Sedih juga rasa hati aku. Pagi ini hujan turun dengan lebat. Selebat-lebatnya. Aku & gangs pergi menziarah pun dalam hujan. Selesai ziarah jenazah Kak Mon, pergi ziarah jenazah Allahyarham Syarifi. Semasa jenazahnya dibawa keluar dari rumah, hujan pun reda.. Kak Mon disemadi selepas solat Jumaat.

Ya Allah.. ampunilah dosa mereka ya Allah. Tempatkan mereka di tempat orang-orang yang beriman. Sesungguhnya hidup ini InsyaAllah, mati itu pasti. Takkan dilewat atau dipercepat walau sesaat pun. Bila masanya tiba, tak ada apa yang dapat menghalang. Semuanya akan ditinggalkan, kecuali 3 perkara.
1. Anak yang soleh
2. Sedekah jariah
3. Ilmu yang bermanafaat

Dulu arwah abah pernah bercakap pada aku tak salah aku masa tu nak tanam pokok pisang. Abah kata buah-buah pisang tu pun dah jadi sedekah jariah bila burung-burung datang makan. Malah pokok buah sekeliling rumah mak dan abah tu, abah suruh kami dua beradik yang tanam.. selagi pokok tu berbuah dan tak ditebang, dan bila diambil atau dimakan oleh sesiapapun, mudah-mudahan pahalanya sampai pada arwah abah.. amin.

Dan atas apa pun kebaikan yang pernah aku lakukan, sekiranya Engkau berikan pahala ya Allah, Kau sampaikanlah pahalanya untuk arwah abah aku HAJI ASNAWI BIN MOHD. YUNOS. ALFATIHAH… damailah abah di sana.

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s