Hari raya korban (aidil adha)

Lusa, 27/11/2009 hari raya aidil adha. Tahun ni, tahun ke 3 aku beraya tanpa abah. Abah meninggal masa Syawal 2007 (22/10/2007). Ketiadaan abah masih lagi aku rasakan, walaupun aku memang sentiasa cuba menggembirakan mak dan orang-orang di keliling aku. Hati aku hanya Allah yang maha mengetahui. Semoga Allah mencucuri rahmatnya ke atas roh abah yang aku rindui dan sayangi..

Anak dara aku Mira dan Najwa aku dah hantar gi balik rumah mak on Monday 23/11/2009 supaya hati mak terhibur la sikit (kot) dengan karenah anak-anak aku dan anak kakak aku. Walaupun anak aku kalau disuruh buat kerja, cam pahat ngan penukul, tapi InsyaAllah diaorang tu boleh diharap… Oii budak dua orang, ibu rindu aa kat korang, walaupun baru beberapa jam aje tak nampak muka dan mata korang yang bulat cam guli tuh.

Hari ini 25/11/2009 aku balik seri alam dulu sebab nak buat kek yang diorang tempah. 6 biji kek + 2 biji aku buatkan mak = 8 biji la. Tapi dah deliver 4 biji, esok my hubby bawak yang baki dua biji tu. Aku jual Rm15.00 sebiji. Walaupun modalnya dah agak mahal gek, tapi tak sampai hati nak jual mahal. Aku ni kan baik orangnya. hahaha.

Esok, Insyaallah aku balik ngan hubby and apip. Kol berapa x tau agi.

Well, selamat menyambut aidil adha. Semoga pengorbanan yang anda lakukan akan dirahmati Allah. Semoga Allah panjangkan umur mak dan kami sekeluarga. Semoga Allah ampunkan dosa abah dan kami semua. Mudah-mudah bertemu lagi di syurga. Amin.

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s