Kenapa ek?

Semalam, 6/11/09 – umah mak aku yaasin. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kawan aku Kin pun datang sekali. TQ Kin and semua jiran-jiran yang datang dan yang tolong rewang sekali. Alhamdulillah gek sebab dyah pun balik umah nenek w/pun kakak aku (satu satunya adik beradik yang aku ade) tak dapat balik.. Tak pe la, ada hal kot, mudah2an akan dtang dia dapat balik. Terutama malam raya, aku rasa sunyi sesangat kalau malam raya, cuma ada mak dan kami sekeluarga jerk kat rumah mak.. Alhamdulillah sebab hubby aku faham keadaan mak dan izin kami braya kat rumah mak sejak abah meninggal 21/10/2007. Walaupun aku tau dia teringin juga nak beraya ngan kluarga di kat BP, tapi siapa lagi nak teman mak????????????? Kesian tu kalau mak raya sorang2….

Aku balik sini dah petang, apip yang drive. Bolehlah… walaupun apip belum biasa bawak mpv but okey la tu.. Kami sampai umah dengan selamat. Syukur Alhamdulillah.

Malam, masa hubby aku gi surau, hp dia bunyi. Wawa angkat. Yang call tu bini kawan dia.. tapi aku kenal ngan bini kawan dia.. Aku pelik juga bila dia suspek laki dia main kayu tiga ngan pompuan lain, mesti nak call laki aku. Ish.. ish.. Silap2 kang laki dia pulak suspek bini dia ada affair ngan laki aku.. Ni kes nyaya ni.. Aku nak nasihat pun tak reti, tapi aku harap masih dalam batasannya. Dia tau jealous dia jek kat laki dia, habis tu aku tak jealous ke kalau orang ngadu masalah rumahtangga kat laki aku? Pas tu hubby aku tu, bukan boleh nak ditanya sikit, mula la nak marah marah. Aku tak kuasa nak bertekak ngan bergaduh, sebab the end of the day, kesilapan dan kesalahan tu tetap terletak kat bahu aku. Pendam ajelah rasa tu… Ni la aku menulis kat blog ni, release sikit perasaan ni.

Kenapa ek????? Bila ada persoalan yang aku nak tanyakan, bukan jawapan yang aku dapat, tapi kena marah.. kenapa ek, bila ngan orang lain, boleh jawab lembut2 ngan bini kena kasar2. Agaknya nak nampak macho kot.. huahahaa.. Biaq pi laa.. yang aku tahu aku tak nak melawan, ust. Azhar kata stakat melawan dalam hati tak per… Kekadang teringin juga persoalan aku dijawab ngan berhemah, tapi apa nak buat, mungkin itu cara terbaik nak layan aku.. aku ni sapalah????? yang penting aku sedar diri sedar ruang sudah la… kan ker aku ada teman setia???

Alamak, teremosi le pulak.. Camon cik bulan, senyum!!!!! jangan merajuk sebab tak der sapa pun nak pujuk….

Hari ni, apip balik segamat, good luck boy!! Berjuang lagi satu minggu ni untuk exam… Score for Anugerah Dekan!!!

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s