Selamat Pengantin Baru

Our bestfriend masa muda2

1/11/2009 – aku sekeluarga kecuali anak aku afif, gi pengantin kawan lama kami (aku dan husband) kat Pedas, Negeri Sembilan. Kita orang bertolak dari seri alam lebih kurang 10.30 pagi.

Abang Khir ni dulu member baik hubby aku. masa aku mula2 sampai kat pasir gudang, ada 3 orang brother ni very close ngan aku. dia orang semuanya baik-baik belaka. O (bukan nama sebenar), Khir ngan Zainol.. My hubby tu duduk sebelah asrama arwah sepupu aku yang aku tumpang duduk tu. So, bila nak pergi kerja keesokkan harinya, aku saing ngan O . Khir ILP, Zainol- Felda Angkut. Sebab selama ni Zainol/Khir yang hantar O pegi kerja, dengan kedatangan aku tu, dah susah la O nak gi kerja, sebab kena pegi ngan aku naik pak wan cha.. tak pun naik teksi. Nak memudahkan keadaan, pagi abang khir ngan abang enol hantar kitaorang pegi kerja (sebab my hubby x der transport – kesiankan). Masa tu tak le la feeling ape-ape just friend aje.. Kalau nak tackle pun tak tau yang mana satu, sebab semuanya baik dan hensem belaka.. hua hahaha

Tapi mungkin la sebab O ni satu tempat kerja ngan aku, jadi aku paling rapat ngan dia, pegi saing, balik pun saing.. Akhirnya setelah berkawan selama 3.. bukan 3 tahun tapi cuma 3 bulan saja, aku bertunang ngan hubby aku beb.. May be la.. dia takut aku kena amek ngan kawan dia yang lain kot.. hua hahaha.. Hubby aku ni tak romantik langsung, ade ke masa dia nak cakap dia suka aku tu, dia kata,”S (bukan nama sebenar jugak), kawan ngan abang khir and abang enol tu, kawan-kawan aje tau, O nak S..”, hahahaha…

Dipendekkan cerita, aku ngan O, bersanding lebih kurang aje harinya dengan abang khir iaitu 10/11/1990.. abng khir 11/11/1990.. Abang enol still bujang sampai sekarang.

Masa berlalu.. persahabatan pun makin renggang bila dah kahwin, dan abg khir pun dah pindah gi labuan (tak silap aku). masih contact tapi tak selalau sangat la..

Tahun 2007/2008 (tak ingat) dapat berita, isteri abang khir meninggal dunia..

Dua minggu lepas, O dapat call dari abang khir kata dia nak menikah, tu yang kita orang gi tu.

Masa jumpa abang khir for the first time after 15 years, mak aii.. dah tua dah.. sama juga ngan aku dan hubby aku.. tapi kitaorang tua kat depan mata masing-masing, so tak terasa la, tapi bila lama tak jumpa, baru la kita tau, cam ne kita sekarang ni. Kawan baik kita masa kecik adalah cermin kita masa sekarang bila dah jumpa balik masa dah tua.

Sedih juga aku menengok anak dia .. asyik beriba aje ngan dia, pas tu masa bapak dia nak bersanding (agaknya hajat kot).. anak dia nanges.. “nak itut abah… nak itut abah..”, aku rasa macam nak terdrop juga la ayer mata aku yang agak berharga ni.

Tapi aku tak sempat la nak berbual ngan abang khir, coz dia pun tengah busy.. kan.. so gitu2 ajelah. Tapi aku nengok muka dia, x ceria sangat, dah tua kot… segan nak sanding.. hua hahaha.

Pas tu balik umah… singgah kat r & r jejantas ayer kroh (aku tak ingat nama tpt tu yang sebenarnye)…

Sampai umah.. ada la buat beberapa kerja yang perlu disettlekan, pas tu aku TIDO..

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s