20Mac, 2009

Bismillahhirrahmanirrahim.

Hari ni ada beberapa note yang bulan hijau nak story..

1.  Pagi-pagi tadi dah kluar hantar anakanda yang sulung gi test drive… Pas tu balik umah tolong pulak di kecik melayari internet cari gambar external feature for animal.  Pas tu nak vacum keta yang berpasir plak.  Baru habis vacum di sulong dah call suruh amik, dah siap test.  Alhamdulillah… dah pass dah.  Lepas ni giliran awak pulak tolong ibu gi hantar adik-adik ke sekolah.  Boleh gitu?  Punyalah busy.. sampai tak sempat nak masak (saje cari alasan.. hua haha).  Alhamdulillah skali lagi, cik abang balik dengan nasi tapaunya.  Thank u bang..

2.  Petang tadi cam biasa ada kelas tajwid dan mengaji.  Dapat satu lagi pengetahuan iaitu.. biasanya di akhir kalimah, bila wakaf, hukumnya adalah mad  ‘arid lissukun, bila tanwin jadi mad ‘iwad.  Tapi kalau huruf2 pendek dipanggil assukun bilmahad.  (Anakanda bila nak masukkan software jawi???)

3.  Maghrib tadi bulan hijau gi kuliah maghrib Ust. Mohd Esa. Buku Rujukan:  Penawar Bagi Orang Yang Ditimpa Musibah karangan Muhammad bin Muhammad Al-Manjabi Al-Hambali, hari ni dah sampai page 220. Antara yang dapat bulan hijau kutip masa kelas tadi adalah:

(a)  Andainya kita terpesona dengan ibadah yang kita lakukan sendiri, maka Allah akan humban kita ke neraka.  Nauzubillah.  Yang bulan hijau dapat faham dari situasi itu ialah bila kita melakukan ibadah, kita rasa kita paling bagus, kita yang paling handal dan rasa ria’ maka nerakalah tempat kembalinya.  Jadi setiap ibadah yang dilakukan mestilah dilakukan dengan tawadu’.

(b)  Seorang itu tidak akan masuk syurga kerana amalannya, tetapi akan masuk ke syurga kerana rahmat Allah.  Kerana Allah yang memberikan kekuatan untuk beribadah, Allah beri kita ilham, Allah kurniakan fikiran, Allah tanamkan dalam hati kita hidayah dan sebagainya.  Tanpa rahmat Allah kita tidak akan menjadi seorang yang tawadu’.  Tanpa tawadu’ bagaimana kita nak masuk ke syurga Allah.

(c)  Punca kebimbangan dalam hati manusia adalah kita lebih yakin apa yang ada di dalam genggaman kita, tapi tidak yakin kepada Allah.

(d)  Ungkapan takziah Syabib bin Syubbah:

1.  Semoga Allah memberi pahala atas bala’ yang menimpamu

2.  Semoga Allah menggantinya dengan yang lebih baik

3.  Semoga Allah tidak menambah kepayahanmu dengan bala’ ini

4. Semoga Allah tidak mencabut kenikmatan apapun kerananya

5.  Pahala Allah lebih berharga buatmu daripada semua bencana ini

6. Rahmat Allah itu lebih baik buat dirimu daripadaNya.

Yang paling patut engkau hadapi dengan kesabaran adalah takdir yang tidak dapat ditolak.

Rasanya itu sajalah untuk hari ni, anak-anak pun dah tidur, bulan hijau pun dah mengantuk ni.  Salam.

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s