SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum, hi semua yang membaca… Tiba2 rasa nak menulis pulak malam ni setelah sekian lama tak jumpa (jumpa la sangattt).. Memperkenalkan —- Che Cma — i’m back.. huhuhu (ada ke yang baca ke Che Cma satu orang yang baca).. Apa-apapun thanks huh pada sesiapa yang terbaca tu… Che Cma ni isteri En Omma, ibu kepada tiga orang budak (tapi budak2nya dah besar dah).. Dua dari mereka dah duduk jauh dari Che Cma sebab sambung belajar, yang tinggal buntat sorang.. Oye, yang terbaru Che Cma ada anak angkat.. comel2 mereka tu. Nanti Che Cma akan buat entry pasal diaorang (uhuhuhui…)

Sekarang ni boleh la tahan masa tu ada la berlebih sikit.. tu tangan sibuk nak menari di atas keyboard ni… Mungkin Che Cma nak buat story rekaaan semata2, atau coleteh2 atau catatan2 ker atau nak jual2 online ke.. boleh aje kut.. (Sapa nak beli angkat tangan)..

Entry yang ni Cik Cma nak tunjuk koranglah gambar family Che Cma, mana tau kenal ke, jumpa ke.. so boleh la kita bertegur sapa dan bersahabat..

10501813_422587767882631_6078073782931747761_n

Cer teka Che Cma yang mana satu..

Nampak ker gambarnya? Itulah family Che Cma yang Che Cma sayangi.. mudah-mudahan diaorang pun sayang Che Cma jugak kan.. (korang sayang ibu x..)

Nanti Che Cma sambung lagi.. ni kira testing 1,2,3 ajelah dudu ye… Jumpa lagi.. Assalamualaikum.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Kunjungan Ustaz Azhar ke Negeri Johor – 11 – 12/06/2011

Kunjungan Ustaz Azhar Idrus 11/06/2011

Posted in Uncategorized | Leave a comment

PESANAN UNTUK ORANG BERDOSA – doa/pesanan guruku

Alhamdulillah – selesailah sudah pengajian untuk Kitab Pesanan Untuk Orang Berdosa karya Dr Aidh Abdullah Al Qarni pada 26/1/2011 = 22 Safar 1432. Mudah2an melaluinya aku dapat memperbaiki diriku dan menjadi insan yang lebih baik dari masa ke semasa.. InsyaAllah, amin.

Posted in Uncategorized | Tagged , , | Leave a comment

PESANAN UNTUK ORANG BERDOSA (FINALE – 26/1/2011)

lhamdulillah, 26/01/2011 – tamatlah pembelajaran untuk kitab Pesanan Untuk Orang Berdosa tulisan Dr. Aidh nin Abdullah bin Qarni, disampaikan oleh Ust. Nizamuddin Omar.

Penghapus dosa ke6 ialah dahsyatnya saat tarikan kematian waktu sakaratul maut. Saat ini akan dialami oleh semua manusia tak kira siapa pun dia, seperti yang disebutkan dalam al-quran dan sunnah.

Salah seorang ulama berkata, “Kematian akan menghinakan orang jahat, menundukkkan orang derhaka, membuat takut orang sombong, menjadikan miskin orang kaya, serta merendahkan orang agung.”

Aisyah r.a. berkata: “Menjelang wafat, di sisi Rasululah s.a.w. ada bekas berisi air. Baginda memasukkan tangannya ke dalam bekas itu dan menyapu mukanya sambil berkata: “Tiada Tuhan selain Allah. Sesungguhnya kematian itu ada sakaratnya.” Kemudian baginda menadahkan tangan dan berkata: “Ya Allah, Sahabat Yang Maha Tinggi”, HR Bukhari.

Pada riwayat yang lain baginda mengucapkan, “Ya Allah, bantulah aku dalam susahnya kematian dan sakaratul maut” (HR Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Majah).

Ketika disuruh oleh Umar bin Kattab menceritakan tentang kematian, Ka’ab berkata: “Wahai Amirul Mukminin, perumpamaan kematian yang paling sesuai laksana pohon berduri yang dipukulkan kepada manusia. Duri2nya menancap ke dalam setiap urat, lantas dicabut lagi, sehingga setiap urat terkelupas.” – mendengar cerita tersebut, Umar terus menangis dan diikuti oleh semua sahabat.

Begitulah dahsyatnya sakaratul maut – ia adalah kurnia dari Allah untuk menghapuskan dosa.

Sesiapapun yang ingin imannya dikukuhkan, diluruskan dan diberi petunjuk, lakukanlah amal soleh. Ada ungkapan yang menyebut, “Permulaan itu menandakan akhirnya”.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Barangsiapa yang senang berjumpa dengan Allah, maka Allah senang berjumpa dengannya. Sebaliknya orang yang benci bertemu dengan Allah, maka Allah benci berjumpa dengannya” (HR Bukhari dan Muslim)..

Dikisahkan juga tentang ulama2 yang sedang menghadapi sakaratul maut – spt. Ibnu Al-Mubarak, Umar bin Abdul Aziz, sebelum kematian, mereka melihat khabar gembira dari Allah sehingga mereka sangat ingin berjumpa dengan Allah s.w.t.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kesimpulan:

A. Apakah yang boleh menghalang kita dari membuat dosa dan takut untuk melakukan maksiat..
1. Sentiasa merasa diawasi oleh Allah
2. Merenung kebesaran Allah
3. Mengingati akan kematian
4. Mengingati nikmat yang telah Allah berikan

B. Bahagian2 Penghapus Dosa
1. Dosa kufur (syirik) – kalimah syahadat
2. Dosa besar – taubat nasuha
3. Dosa kecil
– jauhi dosa besar, InsyaAllah dosa kecil akan terhapus – Sabda Rasulullah s.a.w. “Solat lima waktu, solat Jumaat berikutnya, puasa Ramadhan berikutnya dapat menghapus dosa2 kecil yang engkau lakukan di antara keduanya, jika dosa2 besar dijauhi.” (HR Muslim dan Tirmizi).
– berwuduk
** maka setiap kali bersalah dan melakukan dosa kecil, bersegeralah menuju Allah**

C. 10 faktor penghapus dosa
1.Istiqfar
2.Bertaubat
3.Amal-amal kebaikan yang dapat menghapus kesalahan
4.Musibah – musibah yang tertinggi adalah kematian dan yang terendah adalah tertusuk duri di jalan serta sengatan matahari yang bersinar terik.
5.Doa orang-orang mukmin yang soleh
6.Proses pencabutan nyawa serta sakaratul maut yang luar biasa.
7.Seksa kubur
8.Kekhuatiran berjumpa dengan Allah SWT iaitu ketika bangkit dari kubur dalam keadaan menangis, berdosa, menanggung kesalahan dan kemaksiatan, kemudian kita berangkat menuju pemeriksaan Allah SWT
9.Syafaat dari Rasulullah SAW
10.Rahmat dari Allah SWT

D. Meminta ampun kepada Allah
Penuhilah usia yang singkat dan pendek ini dengan memohon ampunan dan bertaubat, semoga Allah menerima taubat kita semua, memaafkan tiap kesalahan kita dan memasukkan kita ke dalam syurgaNya… sesungguhnya Allah “Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang.” (Al-Hujurat: 12).

Maha suci Allah yang selalu membentangkan tanganNya malam hari agar orang yang berbuat salah pada siang hari segera bertaubat. Maha suci Allah yang membentangkan tanganNya siang hari agar orang yang berbuat dosa pada malam hari mengambil kesempatan untuk bertaubat. Begitulah seterusnya hingga matahari terbit dari sebelah barat.

Jangan bertangguh untuk bertaubat dan melaksanakan kebaikan. Bertaubat dan beribadah dengan tulus bukan dengan sikap riya dan ingin dilihat orang sehingga Allah tidak menerimanya. Gunakan waktumu dengan perkara2 bermanafaat di sisi Allah, agar Allah menutup usiamu dengan kebaikan.

Ya Allah, Zat pemilik kunci hati, bukakanlah hati kami semua, bebaskanlah kami dari neraka, selamatkanlah kami dari seksa neraka jahannam, jadikanlah kami orang2 yang diterima solatnya, puasanya, zikirnya dan kebaikan2nya. Ya Allah, terimalah amal2 baik kami yang kami lakukan, ampunilah segala kesalahan dan dosa2 kami, masukkanlah kami ke dalam syurgaMu bersama2 penghuni2 syurga, sebagai janji yang benar yang telah dijanjikan kepada mereka.

Selawat dan salam atas junjungan kami Nabi Muhamad s.a.w. Jazakallah untuk penulis buku/kitab ini Dr. Aidh Abdullah AlQarni dan guruku ust. Nizamuddin Omar.. Semoga Allah membalas kebaikan yang telah tuan2 berikan.

Setelah lebih kurang setahun dan sembilan bulan mempelajari kitab ini, akhirnya sampailah ke penghujungnya pada 26/01/2011 bersamaan 22 Safar 1432H (harilahirku dalam bulan Islam). InsyaAllah pengajian akan disambung dengan kitab/buku yang baru juga karangan Dr. Aidh Abdullah AlQarni – Raihlah Kejayaan.

Wallahu A’lam.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , | Leave a comment

SELAWAT HAJI

YA ALLAH PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSANKU YA ALLAH..

صلواة الحج

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ تُبَلِّغُنَا حَجَّ بَيْتِكَ الْحَرَامِ وَزِيَارَةَ
حَبِيبِكَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ فِىْ صِحَّةٍ وَعَافِيَةٍ وَسَلَامَةٍ وَبُلُوْغِ الْمَرَامِ
وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِحِ وَبَارَكَ وَسَلّمَ

Posted in Uncategorized | Tagged | Leave a comment

PESANAN UNTUK ORANG BERDOSA (19/1/2011)

Kitab Karangan Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni
Kuliah disampaikan oleh Ust. Nizamuddin bin Omar

Masih berada dalam bab yang terakhir Bab 8, Menghapuskan Dosa – m/s 298.

Sebelum ni telah diterangkan pada m/s 249, terdapat sepuluh cara menghapus dosa berdasarkan al-qur’an dan hadis, iaitu:
1.Istiqfar
2.Bertaubat
3.Amal-amal kebaikan yang dapat menghapus kesalahan
4.Musibah – musibah yang tertinggi adalah kematian dan yang terendah adalah tertusuk duri di jalan serta sengatan matahari yang bersinar terik.
5.Doa orang-orang mukmik yang soleh
6.Proses pencabutan nyawa serta sakaratul maut yang luar biasa.
7.Seksa kubur
8.Kekhuatiran berjumpa dengan Allah SWT iaitu ketika bangkit dari kubur dalam keadaan menangis, berdosa, menanggung kesalahan dan kemaksiatan, kemudian kita berangkat menuju pemeriksaan Allah SWT
9.Syafaat dari Rasulullah SAW
10.Rahmat dari Allah SWT

Kuliah hari ni masih lagi pada perbincangan tentang penghapus dosa yang keempat iaitu musibah. Terdapat kisah2 tentang orang2 soleh yang ditimpa musibah. Abu Dzar meriwayatkan bahawa Abu Darda’ menyukai tiga perkara yang tidak disukai orang lain:
1. Kematian – kerana ia merupakan pertemuan dengan Allh SWT
2.Kemiskinan – mengandungi ketawadhu’an dan ketenangan
3.Sakit – kerana dapat menghapus semua kesalahan

Ubay bin Ka’ab pernah berdoa agar diserang sakit yang masih memungkinkannya untuk terus mendirikan solat, melaksanakan ibadah haji dan berjihad. Diceritakan bahawa beliau diserang penyakit demam selama 30 tahun.

Dicatitkan juga beberapa kisah2 lain yang dialami oleh orang2 soleh.

BAGAIMANAPUN… mereka adalah orang2 soleh yang maqamnya sangat tinggi, mereka mampu menanggung segala musibah dari Allah berbeza dengan kita manusia biasa. Rasulullah SAW MELARANG kita untuk berdoa mohon bencana.

Ketika menziarahi orang Ansar yang sakit, baginda bersabda, “Mengapa engkau tidak mengucapka: “Ya Allah, berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan perliharalah kami dari siksa api neraka.”
Firman Allah Surah Albaqarah ayat 201:
وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya: Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka”
** Inilah doa yang sebaik2nya bagi orang muslim**

Di dalam berdoa, mohonlah keampunan, kesihatan dan kebaikan di dunia dan di akhirat.

Di antara petanda orang beriman itu adalah diserang penyakit, kehilangan harta, ditimpa musibah dan krisis sebagai kifarah untuk menghapuskan dosa2 yang telah dilakukan. Itulah tanda kasih Allah terhadap hambanya.

Walau Allah uji kita dengan kesenangan mahupun kesusahan (musibah) – Allah lah tempat yang kita tuju dan harapkan. Sikap seorang muslim dalam menangani musibah dalam kehidupan , haruslah menyerahkan segala urusannya kepada Allah SWT. Inilah jalan untuk menjalin kembali hubungan kita dengan Allah setelah kita lalai dan terleka.

Jangan takut pada sakit luaran atau demam, tapi takutlah jika kita mempunyai penyakit hati seperti hasad dengki, khianat dsb. Ketahuilah.. musibah yang paling besar bagi seorang muslim ialah musibah pada agama seperti yang banyak berlaku masa kini.

**Selepas mengetahui mengenainya, bila ditimpa musibah, ucapan yang pertama adalah Alhamdulillah kemudian baru diikuti dengan Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun.

Tadi ustaz ada mengulas juga tentang isu Malaikat berjabat tangan dengan manusia atau berbicara dengan manusia selain daripada nabi2 dan rasul2 , perkara tersebut memang pernah berlaku dan terdapat hadis mengenainya.

Rasanya itu ajelah yang dapat aku catitkan tadi. Mudah2an dapat menambah sedikit pengetahuan untuk yang membacanya. Maaf kalau aku tersalah atau tersilap. Berbanyak terima kasih untuk guruku Ustaz Nizamuddin bin Omar atas ilmu yang disampaikan.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , | Leave a comment

KITAB SIATHUL QULUB (PELEMBUT HATI) – 5/1/11

Kitab Karangan : Dr. A’idh bin Abdullah Al-Qarni

Kuliah Ust. Mat Esa Deraman, setiap Jumaat selepas solat Maghrib (InsyaAllah)

Tajuk pertama: Pelembut Hati

InsyaAllah, dasar perbincangan untuk perbahasan kitab ini adalah pada 3 hadis berikut:

Drpd Ibnu Abbas, sabda Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya.: “Ada dua nikmat yang sering dilupakan orang ramai, dua nikmat tersebut adalah: nikmat kesihatan dan nikmat waktu luang.” (HR Bukhari)
Diriwayatkan Anas dari Nabi s.a.w. baginda bersabda, “Ya Allah, tiada kehidupan kecuali kehidupan akhirat, jadikanlah baik pada kaum Ansar dan Muhajirin,”
Daripada Sahal bin Sa’ad, ia berkata: Kami sedang bersama Rasulullah s.a.w. pada perang Khandaq. Beliau menggali parit dan kami memindahkan debu tanahnya. Beliau (Rasulullah) memandang kami dan berdoa: “Ya Allah, tiada kehidupan kecuali kehidupan akhirat,berilah amupan pada sahabat Ansar dan Muhajirin.”

Allah benar2 memuji orang2 yang rendah hati (tawaduk) dan Allah Yang Maha Suci mengingatkan bahawa sesungguhnya al-Quran boleh melembutkan hati.

Contohnya seperti dalam firmah Allah dalam surah A-Zumar: 23. “Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) al-Quran yang serupa (mutu ayat2nya) lagi berulang2, gementar kerananya kulit orang2 yang takut kepada Tuhannya. Kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka pada waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendakiNya. Dan siapa yang disesatkan Allah, nescaya tak ada baginya seorang pemimpinpun.”

Dan disebutkan juga pada firman Allah dalam surah Al Haj: 54, Surah Al Ra’d:28, Surah Al-Anfal: 2, Surah Al-Hadid:16.

Jelaslah pelembut hati yang utama boleh didapati dari alQuran. Matlamat membaca alquran adalah untuk melembutkan jiwa yang banyak dosa dan memenuhkannya dengan rasa syukur. Jiwa kita yang kosong akan mencari2 hiburan, tetapi tersalah pilih seperti mencarinya dalam lagu2. Percayalah bahawa hati tidak akan tenang, kecuali dengan mengingati Allah.

Aku mengingatkan diriku yang selalu leka.. Jangan terlambat untuk menghayati quran, bersegeralah dalam mengingati Allah. Penangguhan adalah penghapusan. Jangan tunggu orang lain, atau hari yang lain… bila banyak bertangguh, hati akan jadi keras. Bila hati dah keras dengan lambakan dosa, nasihat orang lain kita rasakan sebagai bebelan sahaja.

Ketika zaman nabi dahulu – tidak ada kemudahan, tetapi mereka mempunyai jiwa yang kuat dan hati yang kental. Moga kita dapat mencontohi mereka.

Sesungguhnya hanya amal soleh yang akan menjadi pendamping ketika kita di alam kubur.

Itu sahaja yang dapat aku catitkan untuk kuliah 5/1/11 – terima kasih untuk guruku Ust. Mat Esa Deraman atas ilmu yang disampaikan.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , | Leave a comment