Tanda-tanda Khusnul Khatimah (Kematian yang baik)

Semalam aku gi kuliah Ust. Nizammudin, yang mengupas buku yang bertajuk Pesanan Untuk Orang Yang Berdosa karangan Dr ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni. Setakat semalam 3.2.2010, dah sampai ke ms 135.

Buku ini sangat bagus pengisiannya sebab ia memberikan harapan yang sangat besar kepada insan-insan yang ingin kembali (bertaubat) kepada Allah. Semalam diceritakan tentang seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang dan mencari seseorang untuk kembali ke pangkal jalan. Dalam keadaan yang bingung dan longlai, dia bertanya-tanya “Adakah aku dapat taubat?”. Setelah menemui orang2 kampungnya, maka dia disarankan bertemu dengan seorang rahib yang tinggal di kuil. Rahib tersebut adalah ahli ibadah Bani Israel yang hanya beribadah tetapi tidak pernah merasakan kemanisan ilmu, belum membenteng dirinya dengan pengetahuan, keteguhan dan keahlian dalam agama. Dia hanya beribadah sesuai dengan apa yang dia rasa sahaja, inilah beza di antara a’bid dan a’lim.

Melihat lelaki yang datang itu berlumuran dengan darah, rahib tersebut tidak menerimanya dengan baik. Bila ditanya masih bolehkah dia bertaubat setelah membunuh 99 orang, rahib tersebut berkata “Tidak ada taubat untukmu”. (Sedangkan Allah sentiasa memberikan taubat kepada mereka yang berbuat dosa). Lelaki tersebut merasa putus asa lalu mengangkat pedangnya serta membunuh rahib tersebut. Jadilah korban yang ke 100.

Setelah itu lelaki bertemu pula dengan seorang ulama dan faqih. Maka ulama tersebut memberikan pengharapan kepadanya dan menyuruhnya berhijrah ke tempat yang baru. Dalam perjalanannya lelaki tersebut pun meninggal dunia. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, dia sempat berkata “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah”. Dia meninggal dunia tanpa pernah mendirikan solat, berpuasa, bersedekah dan menyucikan diri. Dia tak pernah berbuat kebaikan. Hanya dia ingin kembali kepada Allah dalam keadaan taubat, menyesal, zuhud dan sangan ingin bertemu denganNya.

Setelah dicabut nyawanya, datanglah Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab untuk mengambil rohnya dari Malaikat Maut (di sini kita dapat mengetahui keadaan di mana roh selepas mati akan dibawa pergi). Kedua2 Malaikat tersebut berselisih pendapat kemanakah harus dibawa roh orang tersebut. Selepas itu diutuskan oleh Allah seorang Malaikat dari langit untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Maka diukur jarak antara dia meninggalkan kampung tersebut dan jarak tempat yang dia ingin berhijrah. Dengan rahmat Allah, jarak yang dia ingin berhijrah lebih hampir. Maka Malaikat Rahmatlah yang lebih layak membawa rohnya. Dia pun dibawa ke syurgaNya. (HR Bukhari, Muslim dan Ahmad).

Sesungguhnya kita ni kadangkala melewati waktu2 di mana kita terlupa terhadap akal sihat, kehendak, kejujuran dan sifat amanah. Bahkan ada waktunya, keimanan dicabut daripada seorang insan. Bila manusia menyedari yang dia melakukan kejahatan, lalu dia kembali kepada Allah dan menyebut “Astaghfirullah” , maka Allah akan mengampunkannya.

Di antara tanda2 khusnul khatimah

1. Dapat mengungkapkan “Lailahaillah..” sblm kematiannya.
2. Berpeluh dahinya.
3. Mati pada malam/siang Jumaat.
4. Mati ketika berjuang (berjihad) di jalan Allah.
5. Mati ketika berjuang (berdakwah) menyebarkan agama Allah.
6. Mati kerana wabak taun, sakit perut, lemas dan ditimpa runtuhan.
7. Ibu mengandung.
8. Orang yang berkawal di jalan Allah.
9. Mati ketika beramal
10. Mati kerana puasa yang puasanya itu kerana Allah.
11. Mati ketika bersedekah.
12. Mati ketika mempertahan harta,
13. Mati ketika mempertahan agama/keluarga/diri.

Itulah antara yang aku pelajari semalam. Mudah2an Allah akan menggerakkan hati kita dan seluruh muslimin untuk bertaubat dan kembali ke jalan Allah. Jadilah kita orang yang memohon keampunan pada setiap saat. InsyaAllah.

About che cma

aku hanyalah insan biasa, yang menumpang di bumi Allah yang luar biasa, bercita-cita menjadi muslimah sejati
This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

3 Responses to Tanda-tanda Khusnul Khatimah (Kematian yang baik)

  1. nizamuddin omar says:

    moga HUSNUL KHATIMAH menjadi anugerah ALLAH untuk kita…

  2. sebelumtido says:

    Mudaha2an.. Semoga Allah menganugerahkannya kepada kita semua

  3. Mis_Loly says:

    amin2….smoga kte slalu diberkatiNya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s